Penyanyi Datin Alyah menerima dengan hati yang terbuka apabila gimik api yang ingin dipersembahkan di program The Hardest Singing Show tidak dibenarkan pada saat akhir seterusnya merencatkan keseluruhan persembahan.
Menurut Alyah, keputusan tersebut terpaksa dibuat oleh pihak produksi bagi mengelakkan risiko pentas terbakar dan kecelakaan terhadap mereka yang terlibat dengan persembahan.
“Ada perasaan bercampur baur. Kecewa dan tidak kecewa. Kalau saya paksakan juga api itu, saya akan jadi kambing golek.
“Hati saya masih boleh menerima gimik tersebut tidak menjadi. Saya tidaklah terlalu ralat sampai nak marah-marah,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sesal Separuh Nyawa itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas tamat program The Hardest Singing Show malam tadi.
Pada masa sama, Alyah turut memaklumkan punca gimik tersebut terpaksa dibatalkan kerana salah seorang yang terlibat dengan persembahannya dikatakan telah terpijak minyak.
Ads
“Kejadian berlaku ketika kami beramai-ramai naik ke pentas dan salah seorang daripada kami telah terpijak minyak.
“Kalau api itu dihidupkan, potensi untuk pentas dan termasuk saya sekali terbakar memang agak teruk. Demi keselamatan, pihak produksi tidak hidupkan api.
“Saya tunggu juga bila api nak dihidupkan kemudian saya sedar yang api itu tiada. Jadi, saya teruskan juga. Saya faham kejadian tersebut,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, kejadian ini tidak mematahkan semangat Alyah untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan.
Ads
“Umur saya pun sudah mencecah 40-an. Untuk menjayakan persembahan seperti yang dimahukan program ini, ia satu perkara yang sangat mencabar juga.
“Lagipun, saya memakai hijab dan untuk bergerak aktif macam adik-adik saya, mungkin ada kesan yang perlu saya hadap.
“Saya akan cuba yang terbaik. Saya ada di dalam program ini kerana diberi peluang dan mungkin rezeki buat saya. Tak cuba, tak tahu,” katanya lagi.
Ads
Ditanya sama ada dirinya tertekan untuk bersaing dengan peserta yang lebih muda, Alyah menyifatkan tekanan itu lebih terarah kepada diri sendiri.
“Tekanan itu lebih kepada diri sendiri. Saya sudah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lepas.
“Gastrik saya sudah hilang tapi perkara yang paling susah buat saya ketika ini adalah untuk mengawal vokal dan penafasan.
“Ruang simpanan angin dalam perut saya tidak seperti dahulu. Jadi, saya kena belajar semua dan saya baru tahu hal ini.
“Saya pun tak tahu yang saya dah hilang kekuatan itu. Saya tak boleh jadikan hal ini sebagai alasan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Tom memaklumkan dirinya terpaksa menerima rawatan di hospital setelah kandungannya dikatakan mengalami beberapa komplikasi.
Menurut Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, bacaa darah yang rendah dan masalah berat badan menurun juga mampu memberikan kesan terhadap kandungannya.
“Hari ini saya kena pergi hospital besar sebab kandungan saya ada banyak kompilasi. Salah satunya adalah air ketuban terlebih dan bacaan darah rendah.
“Saya kena dimasukkan darah dan ubat. Disebabakan gerd pula, saya jadi susah nak makan ubat. Berat badan saya pun tak naik. Jadi, kemungkinan saya kena bersalin secara pembedahan,” katanya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isteri kepada penyanyi, Fuad Rahman itu menerusi sebuah hantaran di Tik Tok.
Dalam pada itu, Tom memohon doa orang ramai agar bayinya itu dilahirkan dengan selamat.
“Diharapkan saya dapat bersalin secara normal. Nak jaga pun lebih senang bila sudah ada di hospital. Tak kisahlah bersalin normal atau pembezahan asalkan bayi saya selamat.
“Doakanlah saya selamat. Saya tak pasti lagi sama ada saya ditahan di wad atau tidak,” kongsinya lagi.
Terdahulu, kandungan Tom Difahamkan sudah pun memasuki usia 37 minggu.
Sekadar informasi, Fuad dan Tom bernikah di Batam, Indonesia pada 26 Februari lalu.
Tom sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan itu dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.
Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Tik Tok Tom
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira menjawab ringkas mengenai persoalan pengguna di alam maya di Instagram.
Berdasarkan pautan tersebut, individu berkenaan dilihat seolah-olah tidak sensitif dipercayai bertanya mengenai perkenalannya bersama bekas kekasih, Imran Aqil.
“Berapa lama kenal Imran?,” tertera soalan yang diberikan.
Lalu, ini yang dibalas Nazira;
“Saya sedang hamil dan sudah berkahwin, akan tetapi awak masih bertanya mengenai perhubungam yang sudah dua tahun lalu?
Menerusi hantaran sama, Nazira memberitahu dia juga mendapat keizinan suami dan bekas kekasih sebelum menjawab persoalan tersebut seterusnya berkongsi untuk tatapan umum.
Imbas kembali, Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
Hari bahagia pasangan itu dianjurkan secara sederhana dengan hanya dihadiri ahli keluarga masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada Nora Danish iaitu Mohamed Neqayl Nedim sering mendapat pujian netizen.
Gelagat comelnya yang kian membesar kini semakin mendapat perhatian.
Beberapa jam lalu, suami Nora, Nedim Nazri Aziz ada memuat naik sepotong video yang memaparkan aksi comel NeyNey yang ‘mengikut’ jejak langkah ibunya,Nora.
“Ikut perangai Mommy dia , suka buat “fish lips”, tapi mommy dia lupa yang nanti Ney Ney besar,dia akan cium siapa macam ni ?,” tulis Nedim.
Kebelakangan ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai isu penyanyi yang didakwa tidak menerima bayaran setimpal daripada pihak penganjur apabila dijemput membuat persembahan di sesebuah acara.