Pelakon dan ushawan, Didie Alias mengakui risau dengan masalah sosial kini di kalangan anak muda, khususnya mengenai penyebaran video yang berunsur lucah.
Sebagai ibu kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja, sudah pastinya situasi berkenaan menyebabkan bintang ini lebih peka terhadap kegiatan sosial mereka.
“Memang saya cukup risau. Malah saya pernah beritahu mereka, janganlah kau buat perkara yang bukan-bukan. Aku ni kerja dari pagi sampai ke Subuh, tak menentu mencari rezeki.
“Kau kena jaga nama Mak, Didie Alias. Aku sudah 30 tahun dalam industri. Kalau tercalit sikit saja nama aku, habis semuanya. Usah buah benda-benda yang boleh memalukan aku. Itu sahaja yang aku minta,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, pelakon Plan Cinta ini bersyukur kerana setakat ini, anak-anaknya masih menjaga nama baik keluarga. Malah, ada di antara mereka yang turut berjaya dalam akademik hingga menjadi inspirasi peminat.
Ads
Berkongsi mengenai perkara tersebut, Didie mengakui dia tiada rahsia tertentu dalam mendidik anak-anak. Memadai dengan doa seorang ibu yang dirasakan senjata paling ampuh dalam membentuk sahsiah yang baik buat mereka.
“Sebagai ibu, saya hanya doakan yang baik-baik sahaja untuk semua anak-anak. Ia senjata paling bagus.
“Moga mereka mendengar kata dan jaga tatasusila, itulah yang saya sentiasa doa dan harapkan. Sebab jangan dibuat main, doa ibu ni ‘bisa’,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan berpisah pada 2002. Mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Ads
Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.
Didie ditemui pada majlis sidang media Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL2019) di PWTC, Kuala Lumpur pada Isnin yang turut menyaksikan Nuc Car sebagai pengangkutan rasmi BRKL tahun ini.
Ditanya mengenai dua projek yang kini dijayakannya iaitu Le Fest dan BRKL2019, Didie turut memberi penjelasan agar tiada kekeliruan.
Ads
“Le Fest sekarang dah masuk tahun yang ketiga dan ia memang ada beza dengan BRKL2019. Le Fest saya terbangkan peniaga termasuk usahawan selebriti selama tiga hari sempena musim raya untuk berkampung di Sabah atau Serawak.
“BRKL2019 pula saya kerjasama dengan mereka memandangkan saya sebelum ini sudah ada database usahawan selain ada juga para artis yang gemar berniaga.
Malah di sini pun kami sediakan lebih banyak vendors buat yang berminat untuk sertai. Pelbagai aktiviti menarik akan kami sediakan termasuk cabutan bertuah.
“Pada masa sama, pengunjung juga bakal dihidangkan dengan persembahan selebriti,” katanya yang turut bertindak sebagai penasihat untuk KL Bazaar Raya tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Insiden melibatkan pelawak Mazlan Ahmad atau Lan Pet Pet dengan pengawal keselamatan, Yahya Manap bulan lalu kini berakhir menerusi cara paling mulia.
Keduanya saling bermaafan ketika masing-masing bertemu di sebuah premis malam tadi.
Menerusi keratan video dari Instagram BH Online, Lan dan Yahya atau mesra disapa Pak Ya dilihat bersalaman dan meminta maaf di atas insiden yang berlaku pada 6 April lalu itu.
“Sekarang ni bukan kerana wang, kerana kesilapan masing-masing untuk berbuat baik. Malah bulan Ramadhan pun nak dekat dah..
“Kita buang yang keruh, kita ambil yang jernih..
“Saya bukannya pendendam… Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka,” kata Yahya.
Dalam pada itu, Lan turut berasa kesal atas tindakannya yang mengasari warga emas terbabit.
“Saya rasa diri ini lemah sangat. Lepas kejadian macam ni saya nak minat maaf..
“Ia makan masa berminggu.. Dengan nyawa dan roh badan, saya dengan humble nak minta maaf pada Pak Ya, anak-anak dan keluarga untuk pertemuan sesi maafkan saya.
“Itu niat saya.. terima kasih Pak Ya umur dah 68 pun masih berkerja dan dapat maafkan saya lagi,” balas Lan rendah diri.
Terdahulu, Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban selepas mengaku bersalah memukul Pak Ya.
Malah, abang ipar kepada pelakon Rozita Che Wan itu juga mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Mayon Yusof.
Sumber : Instagram Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui sudah lama tidak menggunakan khidmat guru vokal bagi memantapkan persembahannya dari segi vokal serta kawalan suara.
Sebaliknya, Ayda atau nama sebenar Nur Suhada Jebat hanya menggunakan saluran YouTube menerusi paparan video paparan video tutorial yang dimuat naik.
Ayda bagaimanapun terharu apabila ada peminat yang mulai memuji kualiti vokalnya yang kian baik, terutama apabila mempersembahkan lagu genre balada.
“Buat masa ini, saya sudah agak jarang ke ke kelas vokal. Agak lama juga tidak berjumpa Cikgu Shafi sebab sekarang saya hanya belajar sendiri menerusi internet, di laman Youtube misalnya.
Kebiasaannya, saya akan menonton tutorial memantapkan vokal seterusnya membuat latihan beberapa hari sebelum persembahan.
“Banyak manfaat yang boleh kita dapat daripada video-video berguna yang dimuat naik di Youtube daripada tonton video yang bukan-bukan, lebih baik untuk cara cari tontonan sesuai dengan kerjaya saya,” katanya.
Bintang berusia 27 tahun ini terdahulu ditemui pada sesi pertunjukan fesyen Ariani di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.
Berkongsi mengenai penerimaan baik peminat terhadap persembahannya menerusi lagu-lagu genre balada pula, ini kata Ayda;
“Bagi saya, nanyian saya masih belum bagus. Banyak perkara yang perlu saya pelajari. Apa pun terima kasih buat peminat yang memberi respon baik. Saya hargainya,” kata Ayda.
Foto: Nurul Akmar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis alam sekitar, Maya Karin tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya selepas melihat video seorang lelaki membunuh sekawan anjing laut dengan menggunakan bahan peledak.
Video tersebut tular dan kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.
I nak guna bahasa yang sangat kurang ajar, tapi disebabkan mak ayah punya didikan I won’t. Sendiri punya imagination how much I wanna punch that sad cruel person. Please animal lovers, rise with me. https://t.co/5dHNLO63oS
Menurut Maya, dia mahu meluahkan rasa marahnya itu dengan bahasa kurang sopan tetapi terpaksa membatalkan niatnya itu bila memikirkan tentang ibu bapanya.
“I nak guna bahasa yang sangat kurang ajar, tapi disebabkan mak ayah punya didikan I won’t.
“Sendiri punya imagination how much I wanna punch that sad cruel person.
“Please animal lovers, rise with me,” tulisnya.
Rasa marah itu disuarakan oleh pelakon Ombak Rindu itu di laman Twitter miliknya.
Tweet tersebut kemudiannya tular selepas menerima lebih 30,000 retweets dan 15,000 tanda suka.
Melihat di ruangan, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan heroin Munafik 2 itu.
Aduhai, kejam sungguh perbuatan individu tersebut. Semoga individu berkenaan akan mendapat balasan yang setimpal.
Sumber: Twitter Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...