“Kalau Takde Orang Nak Aku Siap Kau,” – Zizan & Shuib Saling Kongsi Foto Lama Pula, Episod ‘Menganjing’ Paling Win!

Share

Kisahnya bermula selepas isteri kepada Shuib, Sarah yang mengambil inesiatif unik dengan menghias motosikal Ysuku pelawak Shuib habis tak ubah seperti sebuah ‘motorsikal berhias’ seperti yang diperkatakan peminat.

Lalu sejak itulah, bermula episod ‘bahan-membahan’ di kalangan rakan baik Shuib yang terdiri dari pelawak Zizan, Achey, Fikry Ibrahim dan ramai lagi. Bagaimanapun, yang paling ketara mengusik Shuib ialah Zizan Razak.

Selain saling berbalas kata pujangga yang berbaur sindiran hingga membuatkan peminat terhibur, sekali lagi mereka mencuri perhatian ramai apabila keduanya saling memuat naik foto lama yang sudah tentunya dalam keadaan yang lucu!

Menerusi entri Instagram, Zizan ada memuat naik foto lama saat Shuib baru sahaja terlibat dalam seni. Foto yang dirakam bersama dua rakan lain itu merakamkan aksi posing Shuib yang mengenakan helmet dan berbaju merah jambu.

Lebih 4,000 komen yang diterima dan para peminat meninggalkan reaksi yang pelbagai. Malah foto tersebut turut menarik perhatian Shuib.

“Wow dia main throwback ek,” tulis Shuib.

Lalu, bapa kepada tiga cahaya mata itu membalasnya dengan turut memuat naik foto Zizan ketika di alam remaja. Foto yang dirakam itu memperlihatkan Zizan mengenakan baju merah belang.

Enrti berkenaan juga menerima ratusan ribu tanda suka serta ribuan komen dan Zizan turut memberikan reaksi.

“Woi bangang. Kalau takde orang nak kat aku siap kau Ib. Ko kena jadi bapak mertua aku. Kahwinkan aku dengan anak kau,” komen Zizan.

Enrti tersebut juga turut mendapat perhatian rakan selebriti.

Aduhai, makin ‘parah’ pula sesi saling membahan di antara dua pelawak terkenal ni. Terhibur sungguh dibuatnya!

Foto: Instagram Shuib/Zizan Razak

IKLAN