Rancangan nyanyian yang berunsurkan ketuhanan, Gema Gegar Vaganza menampilkan barisan peserta yang terdiri daripada penyanyi solo dan kumpulan nasyid.

Hijjaz merupakan salah satu kumpulan yang menjadi peserta bagi GGV musim pertama ini. Setiap minggu kumpulan Hijjaz tidak pernah mengecewakan penonton dengan persembahan yang dilakukan oleh mereka.

Jalan penceritaan yang dipersembahkan oleh Hijjaz seringkali mengusik hati penonton sehingga menitiskan air mata. Sungguh mendalam mesej-mesej yang disampaikan oleh Hijjaz di dalam lagu yang dinyanyikan.

Namun ada juga penonton yang mengkritik persembahan Hijjaz yang mengatakan mereka hanya cuba meriah simpati penonton melalui persembahan mereka minggu lalu.

Persembahan Hijjaz bersama penyanyi Lan Kristal yang menampilkan seorang lelaki OKU menerusi lagu Rendang Tak Berbuah telah mendapat kritikan daripada penonton.

Kalau Tak Suka Tengok Persembahan Hijjaz Tukar Je Chanel Lain

Kalau Tak Suka Tengok Persembahan Hijjaz Tukar Je Chanel Lain

Rentetan daripada kritikan tersebut, Munif selaku anggota kumpulan Hijjaz tampil memberi penjelasan di status akaun facebook miliknya.

“Ya salam.. JIWA KACAU.

IKLAN

Ni dari peminat nasyid yg bertanding atau penonton biasa ni???

Ada jugalah org yg berfikira kurang cerdik ya… ini bukan gegar vaganza dik oiii, ini gema gegar vaganza..

Tgk juri dah tau, ggv fokus lebih pada masej dan penceritaan lagu (mengikut kesesuai lirik), kami diminta utk memikirkan sesuatu yg boleh memberi makna dan masej dari sesebuah lagu, ada sesetengah lagu tu tak sesuai dgn penasyid2 yg ada, jd sebagai peserta kami ditanya apa yg kamu nak maksudkan dgn masej2 yg terkandung dalam lirik lagu..

Ni yg sebuk nak komen lakonan hijjaz ni apsal? Mcm peminat artis lain yg bertanding je?? Klu tak suka tgk persembahan hijjaz tukar je chanel lain.. hijjaz masuk ni diundang dik oiii…

Kami pergunakan OKU??? Kalau mcm tu astro pun guna OKU, bukan ke sahabat kita azmi pun oku?, ni tak ada kenamengena dgn oku, salman tu sahabat kami dari zaman nada murni, dia pun bangga memberi subangan diggv..

IKLAN

Adakah oku tak layak membuat persembahan?, nak suruh diorg mengemis je ke?.. mereka pun manusia mcm kita yg ada hati nurani, teringin nak buat mcm org lain buat…

perserta ggv bebas berkarya mengikut cara dan tema yg diinginkan, siapa ada idea buat, tak ada idea tak yah buat, pihak astro galakkan supaya perserta fikirkan sesuatu, supaya masej sampai. Klu tak suka konsep mcm ni tak payah tgk ggv, tgklah mentor ke, muzik2 ke, AF ke, banyak lg prog hiburan yg x ada penceritaan..

Kenapa Kami tiba2 baru nak buat konsep mcm ni, dulu tak ada pun?? Siapa yg folo hijjaz dari zaman nada murni dia tau lah, konsep ni dari dulu dh ada, tp telah lama ditinggalkan sbb nada murni telah dibubarkan, kini bila masuk ggv peluang itu diberikan semula supaya penonton merasai roh sesebuah persembahan, bak kata oki, ggv sgt berbeza, ia bukan hiburan suka suki yg lain, ada masej tersembunyi yg nak disampaikan pd penonton…

Org bukan islam pun boleh tertarik dan menghayati apa yg nak disampaikan hijjaz, ni org islam plk tak blh menghayati…

Tak ada apa yg ingin aku kejarkan didunia ini, hanya mendambakan redhaMu..

IKLAN

ya Allah aku hanya merindukan kasihMu & syurgaMu… aku menang atau kalah diGgv ini, tidak akan mengurangkan cintaku padaMu ya Allah..

selagi aku bernafas, semuanya diatas kudrat dan iradahMu ya Allah..

Munif Ahmad tak ada apa yg nak kau banggakan didunia ini, semuanya anugerah dan pinjaman Allah yg maha agung..

(Dh lah, berserabut nak fikir benda2 cam ni.. nak fokus lakonan mgu dpn plk.. ) #taksukatengoksudah

#ggv2017”

Walau apa jua kritikan yang hadir anggap itu adalah kata-kata pemangkin semangat buat Hijjaz untuk terus melakukan persembahan yang lebih baik di minggu-minggu akan datang.

Sumber: Facebook Munif Hijjaz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI