Berita

“Kalau Tak Suka Bakat Saya, Jangan Hina Rupa & Fizikal Saya,” – Viviana Zairi Luah Kecewa Jadi Sasaran Netizen

Share

Penyanyi remaja, Viviana Zairi meluahkan rasa kecewa apabila sering menjadi sasaran kecaman segelintir netizen yang bukan sahaja mengkritik bakat nyanyiannya, malah turut menyentuh soal rupa paras dan fizikalnya.

Menurut Viviana, setiap individu berhak memberikan pandangan tersendiri mengenai bakatnya.

Namun, dia berharap kritikan yang diberikan tidak melampaui batas sehingga boleh menjatuhkan maruah seseorang.

“Maaf kalau saya tiada pakej di mata korang. Kalau tidak suka dengan bakat saya, jangan hina rupa dan fizikal saya,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan oleh anak kepada penyanyi, Ani Maiyuni itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Kecaman Sejak TTMM2

Luahan berkenaan dipercayai dibuat susulan impak komen-komen negatif yang diterimanya sejak aktif dalam dunia hiburan.

Sebelum ini, Viviana turut menjadi perhatian apabila menerima pelbagai kritikan daripada netizen sepanjang penyertaannya dalam program realiti, Talk To My Manager musim ke-2 (TTMM2).

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/cukuplah-saya-dan-orang-sekeliling-tahu-viviana-imbau-detik-hitam-dibuli-masih-segar-dalam-ingatan/

Netizen Tampil Beri Sokongan

Kenyataan yang dimuat naik itu turut mendapat sokongan daripada ramai netizen yang menggesa orang ramai supaya lebih berhemah ketika memberikan pandangan di media sosial.

Malah ada juga berpendapat kritikan terhadap persembahan atau bakat adalah perkara biasa dalam industri hiburan. Namun, serangan peribadi yang melibatkan penampilan fizikal tidak sepatutnya berlaku.

Berikut merupakan antara komen-komen netizen;

“Sayang, awak sempurna seadanya.
Bukan sahaja cantik, malah awak juga seorang yang baik hati, yakin dengan diri sendiri dan sememangnya berbakat.”

“Mereka hanya mampu bercakap di belakang awak kerana itulah tempat mereka sebenarnya. Di belakang, bukan di hadapan awak.”

“Saya ini dari Singapura dan saya sokong awak sepenuhnya. Abaikan saja komen-komen yang negatif itu. Awak sudah cantik seadanya, dan teruslah kuat selalu.”

“Awak tahu tak? Awak sebenarnya lebih daripada apa yang awak lihat di cermin. Bakat awak jauh lebih besar daripada apa yang awak jangka. Awak mampu bersinar lebih terang daripada bintang-bintang di langit.”

“Abaikan sahaja para pembenci ini. Awak sudah melakukan yang terbaik dan saya percaya awak mampu pergi jauh. Terus maju jaya Viviana.”

Terdahulu, selepas tersingkir pada minggu suku akhir TTMM2, Viviana dikhabarkan bakal melancarkan single terbaharu dalam masa terdekat.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Aizam Manaf