Baru-baru ini pengasas kosmetik terkenal, Safiey Illias telah menyambut ulang tahun hari jadinya bersama anak-anak tahfiz dan berbuka puasa bersama di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Safiey menerusi Instagramnya telah berkongsi beberapa gambar sambutan hari jadinya itu.

Namun begitu MH mendapati, Safiey telah meluahkan rasa hatinya tentang mencari hidayah.

Katanya, dia cuba sedaya upaya untuk mencari hidayah yang hilang.

IKLAN

A post shared by D S I (@safieyillias94) on

“Aku jahil . Aku tidak baik . Aku cuba mencari sedaya upaya hidayah yg hilang . Aku cuba buat kesemua apa yg yg aku buat 3-4 tahun dulu untuk dapat hidayah . Nilalah aku sebagaimana yg kamu suka . Aku ada cara aku dalam mencari hidayah aku . Bagi aku , tidak bermakna bila kita ni jahat dalam benda lain , jadi kita kena jadi jahat dalam semua benda .
.
.
Bagi aku buat orang lain gembira sudah cukup buat aku gembira . Aku tak boleh tengok mereka ni sebab aku sedih dan menangis . Doakan saya ya adik2 semua . Amin . Kalau tak jumpa saya di syurga nanti carilah saya di neraka . .
.
Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya dan wish befday saya . Terima kasih juga kepada semua yg sudi hadir dan sponsor mcm2 . Terima kasih sgt2 !!!! .
.
SAFIEY ILIAS Birthday Celebrations & Majlis Iftar Ramadhan bersama Pelajar Tahfiz dan Anak Yatim (DSI EMPIRE SDN BHD),” tulisnya.

Rata-rata pengikut Safiey telah memberikan kata-kata postif serta sokongan dan dorangan buat dirinya.

‘Kalau Tak Jumpa Saya Di Syurga Nanti Carilah Saya Di Neraka’ – Safiey Illias

IKLAN

‘Kalau Tak Jumpa Saya Di Syurga Nanti Carilah Saya Di Neraka’ – Safiey Illias

‘Kalau Tak Jumpa Saya Di Syurga Nanti Carilah Saya Di Neraka’ – Safiey Illias

IKLAN

Apapun MH juga mendoakan agar Safiey dipertemukan dengan hidayah dari ALLAH SWT dan semoga dipermudahkan segala urusannya.

MH juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi buat Safiey.

Sumber: Instagram Safiey Illias

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI