“Kalau Tak Jaga Makan Pasti Naik,” – Lisa Surihani Jawab Komen, Kongsi Berat Cecah 49KG Meski Ada Dua Cahaya Mata!

Share

Pelakon dan pengacara, Lisa Surihani ada mendedahkan berat badannya menerusi salah satu pertanyaan peminat di ruangan komen pada satu posting yang dimuat naik di laman Instagram, baru-baru ini.

Respon Lisa, berat badannya boleh mencecah sekitar 48kg hingga 49kg. Dan mengakui masih perlu untuk menjaga pemakanannya.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata peminat memuji penampilan dan seterusnya bertanya kepada ibu kepada dua cahaya mata itu tips mendapatkan tubuh ideal.

Sebelum ini, pelakon Amyra Rosli turut pernah mendedahkan berat badannya yang langsing meski sudah memiliki dia cahaya mata.

Imbas memori indah, bintang berusia 33 tahun ini mendirikan rumah tangga bersama Yusry Abd Halim pada 23 Februari 2012.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua permata hati, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Foto: Instagram Lisa Surihani

IKLAN