Dramatis, Fauziah Nawi menyifatkan selebriti versatil, Elly Mazlain sebagai antara pengacara yang paling menonjol di dalam industri seni tanah air ketika ini.
Menurut Fauziah, Elly mempunyai gaya pengacaraan yang sangat bagus kerana mampu menghidupkan suasana dengan idea-idea spontan.
“Elly Mazlein aka Kak Lina Pom Pom dah jadi household name sejak Gegar Vaganza 9 disiarkan.
“Dia bertenaga macam tak habis-habis. Dia ada banyak idea spontan dan setengahnya dah dirancang oleh pihak Produksi,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh pelakon telefilem Pondok Buruk itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Malah, dia turut berpandangan pemilihan Elly sebagai pengacara program Gegar Vaganza musim ke-9 sebagai pilihan yang bijak.
Ads
“Peserta #GV9 kalau tak hebat persembahan pasti kena makan dengan Kak Lina. Habis tumpuan penonton pergi kepada host yang terlalu meletop,” ujarnya lagi.
Malah posting tersebut turut mendapat reaksi balas daripada Elly sendiri.
“Sayang Ibu,” tulisnya ringkas.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama terhadap Elly.
“Minat Kak Lina dari dulu sebab jadi diri sendiri je. Love kak.
“Setuju. Cara dia menguruskan pentas sangat menghiburkan dan tak bosan. Sampai habis best.
“Betul ibu. Memang best sangat Kak Lina Pom Pom. Tiap-tiap minggu memang tunggu dia depan tv. Kepom best dooh.
Ads
“Setuju dengan Ibu,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, pemilihan Elly Mazlein di pentas GV9 adalah bagi menggantikan pengacara terdahulu, Jihan Muse yang kini sedang berpantang selepas selamat menimang cahaya mata pada bulan lalu.
Malah, baru-baru ini, Elly mendedahkan dia mula berubah sebagai seorang yang periang selepas diuji dengan isu sensasi sebelum ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fauziah Nawi & Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah Absolut Event & Management Sdn Bhd, Ben Ali bersama isterinya yang juga pelakon, Nadiyah Shahab mengakui tiap kali menganjurkan festival atau program, perasan risau tidak dapat dielakkan demi memastikan ia berjalan dengan baik seperti yang diharap-harapkan.
Nadiyah bagaimanapun bertuah kerana mempunyai sokongan moral daripada ahli keluarganya di Singapura.
“Bila program sudah nak dekat, seluruh keluarga akan sama-sama ikhtiar lakukan solat, panjatkan doa dan sebagainya. Malah keluarga saya di Singapura pun akan anjurkan doa selamat untuk kami. Sebab bagi kami, ia sesuatu yang besar dan penting. Setiap program mereka akan buat begitu.
“Sudah tentu kalau kita bercakap mengenai sambutan pengunjung atau penonton kita akan rasa risau. Sehingga hari kejadian pun kita masih berdoa, lakukan solat hajat apa semua agar segalanya dipermudahkanNya.
“Bagaimanapun saya percaya selain usaha, ia juga bergantung kepada keberkesanan pemasaran, memang kita akan buat all out. Kami lancarkan kempen menerusi video selain promosikan di media sosial juga. Tinggal lagi kurang 10 hari, jadi kita akan buat secara besar-besaranlah,” katanya kepada MH.
Pasangan selebriti itu berkata demikian ketika ditemui Sidang Media Pelancaran Absolut Music Festival 2022, di The Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), pada Khamis.
Bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur, acara muzik terbuka dan masuk percuma yang turut dimeriahkan dengan Absolut Food Festival itu bakal diadakan selama 3 hari bermula 4 sehingga 6 Nobember 2022.
Sementara itu bagi Ben, mereka lebih gemar untuk memberikan yang terbaik setiap kali menganjurkan sesebuah acara demi kepuasan demi mencapai objektif.
“Kami lebih suka berikan lebih. Jadi lebih baik untuk kita rasa risau daripada timbul perasaan sudah selesa. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik. Malah kalaulah tak mendapat sambutan seperti yang diharapkan, sekurang-kurangnya kami lega kerana sudah lakukan pelbagai usaha untuk mempromosikannya.
“Kali ini juga selain promosi di radio dan papan tanda, kita fokuskan juga kepada saluran digital. Ia akses yang paling mudah untuk capai audiens sekarang. Saya berbesar hati kerana rakan penaja pun sangat menyokong terhadap inisiatif yang kami lakukan,” kata Ben.
Dalam pada itu, konsert berkenaan bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal selain beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama.
Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan adalah kumpulan SEARCH, Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan dan DOLLA.
Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo, Kidd Santhe, Projector Band, ForceParkBois dan Insomniacks turut sama beraksi, selain dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.
Bertemakan festival terbuka ataupun ‘outdoor concept’, festival ini tidak hanya menumpukan pada konsert sahaja, tetapi juga bakal membawakan sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya.
Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.
ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022, festival berkenaan turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.
Hos Nabil Ahmad mengulas mengenai energi ‘tiptop’ yang dipamerkan rakan pengacaranya di dalam program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlein.
Nabil berkata, dia tidak kisah sekiranya ada yang mendakwa penampilannya di dalam rancangan realiti hiburan popular itu seakan tenggelam susulan gandingannya bersama bintang versatil itu.
“Dekat GV ini bagi saya yang perlu diberi perhatian adalah peserta tapi bila Elly atau saya lebih menonjol, bagi saya itu adalah satu kejayaan untuk program itu juga.
“Saya tak kisah pun siapa-siapa yang menonjol tapi saya mengharapkan peserta lebih dapat ‘highlight’ sebab yang bertanding adalah mereka tapi bila Elly (jadi perhatian) saya tumpang happy dan seronok sebab apa-apa pun ini adalah kerja berpasukan.
“Bila gandingan kami diperkatakan dan viral lebih-lebih lagi di TikTok, saya gembira sebab orang menghargai kerja kami sebagai hos,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun selepas lapan musim menggemudi GV bersama Jihan, Nabil akui dia sedih tidak dapat mengendalikan GV musim ini memandangkan Jihan baru sahaja bersalin anak kedua.
“Kami sama-sama dari GV1 hingga GV8, sedikit sedih tu adalah tapi Jihan memang dah inform awal-awal, sewaktu GV9 berlangsung dia memang sedang berpantang.
“Mana tahu dalam minggu separuh akhir atau final nanti, kalau Jihan boleh buat kemunculan, seronok juga nanti pentas itu kalau ada kami bertiga.
“Jihan pun ada beritahu dia suka dan terhibur melihat gandingan saya bersama Elly pada minggu pertama,” katanya lagi.
GV9 sebelum ini menampilkan persaingan 13 penyanyi yang terdiri daripada Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nadzir, Tomok, Pat Candy, Bob Yusof dan Hazrul Nizam.
Turut bertanding termasuk Roy Kapilla, Asheed Def-Gab-C, Haida Hasnan, Fuad Rahman, Tom dan kumpulan VE.
Penyanyi Roy Kapilla dan Haida Hasnan bagaimanapun sudah pun tersingkir daripada persaingan musim ini.
GV9 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kenapa DSV (Datuk Seri Vida) block saya? Sedangkan kita tiada masalah…”
Demikian luahan bekas pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik berkenaan, Diyla susulan bekas majikan yang dikatakan telah menyekat akaunnya di Facebook.
Diyla yang kini bergelar penyanyi berkongsi luahan tersebut menerusi akaun TikTok miliknya dan kini ia sudah pun ditonton hampir 500,000 kali.
“Terima kasih atas segalanya DSV. Semoga maju jaya. Kalau bermusuh dengan saya itu menjadikan DSV bahagia, teruskan,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Video tersebut memperlihatkan seolah-olah Diyla cuba untuk mencari akaun milik Vida, tetapi tidak jumpa.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...