“Kalau Tak Buat, Tak Payah Triggered Kot,” – Ada ‘Sentap’ Dengan Tweet Naim Daniel Berhubung Isu Ejen Insuran? Ini Respon Balas Tuan Badan

Share

Baru-baru ini, heboh diperkatakan di media sosial mengenai ciapan yang dimuat naik oleh penyanyi, Naim Daniel yang memberi peringatan terhadap para ejen insuran untuk tidak mengambil kesempatan terhadap pemergian penyanyi, Siti Sarah untuk mempromosikan perkhidmatan mereka.

Ciapan tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak selain turut mengundang rasa kurang senang di hati sesetengah ejen insuran.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram stories, Naim memaklumkan sesiapa sahaja tidak perlu terasa hati dengan kenyataannya itu seandainya mereka tidak melakukan perkara yang sedemikian.

“Bold, just incase if there’s anyone yang tak nampak keberadaan ‘KALAU ADA’ from this unharmful tweet.

“Tidak perlu merasakan pedasnya jika tidak termakan cili,” tulisnya.

Dalam pada itu, atas rasa tanggungjawab, Naim turut menegaskan dirinya akan tetap dengan pendiriannya untuk terus lantang dalam menyuarakan pendapat bagi pihak para pengikutnya di seluruh platform media sosial.

“Saya memang akan sentiasa menjadi agak lantang di media sosial terutamanya di platform-platform saya sebab saya merasakan followers itu merupakan tanggungjawab dah dan bukan sekadar followers.

“Dan ya kalau awak tak buat seperti mana yang saya cuba sampaikan di dalam tweet tersebut, tak payah triggered kot,” katanya lagi.

Terdahulu, ciapan tersebut telah pun meraih lebih 23,000 ulang ciap dan hampir 31,000 tanda suka setakat ini.

Sumber: Instagram & Twitter Naim Danial

IKLAN