“Bermula pada tahun 2008, satu perjalanan yang indah. Banyak pengajaran, liku, kena tipu. Macam-macamlah,” itu dedah Ayu Damit bila berkongsi kisah lama dalam meniti perjalanan sebagai penyanyi lebih 10 tahun lalu.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit mengakui, dia terpaksa melalui pelbagai fasa suka duka sepanjang tempoh tersebut.

Meski ada yang pahit, dia yang kini menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini bagaimanapun menyifatkan setiap pengalaman yang dilalui merupakan penjalanan yang mendewasakan.

Ayu bercerita mengenai perkata itu menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.

Malah Ayu turut mengimbau kenangan ketika menghadiri ujibakat program realiti nyanyian One In A Million (OIAM) yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Jelasnya, dia hadir sekadar menemani kawannya untuk pergi ke sesi uji bakat program realiti tersebut.

Ads

“Sebenarnya saya hanya menemankan kawan saya untuk pergi ke uji bakat. Bila teman tu, dia kata pada saya, apa kata kau masuk sekali?

“Pada masa sama ada ketika itu,saya hanya bawa wang RM5 sahaja dan itulah juga tambang.

“Bila sepanjang sesi tersebut, saya kena beli untuk beberapa benda ketika pendaftaran. Jadi saya dah tak ada duit pada masa itu tetapi saya berjaya lepas ke peringkat seterusnya.

“Kawan pula tak berjaya kawan saya tak berjaya dan sebab saya lepas, saya berada di lokasi uji bakat sampai malam.

Ads

“Saya dah tak boleh nak balik sebab dah tak ada duit tambang nak balik masa tu. Kawan pun sudah balik awal.

”Mahu tak mahu, saya pinjam duit 50 sen pada seseorang untuk telefon mak supaya menjemput saya pulang,” katanya.

Bagaimanapun, percubaan Ayu tidak berhasil apabila tidak terpilih antara 80 peserta teratas.

Selepas itu, Ayu masih tidak berputus asa untuk sekali lagi mencuba nasib pada musim kedua sekitar tahun 2007.

Ads

Setelah berjaya menjadi peserta akhir, penyanyi asal Putatan, Sabah ini berjaya merangkul gelaran juara, sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM1,000,000.

Pelbagai kisah menarik lain turut dikongsi Ayu, termasuk pemergiaan bapa tersayang akibat kanser otak.

Foto: Instagram Ayu Damit

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI