Sering kali ditawarkan membuat persembahan tanpa kehadiran anggota kumpulan Boboy yang lain, membuatkan vokalisnya, Naqiu tampil dengan pendiriannya sendiri selepas ini.
Menurut Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, dia akan menolak mana-mana tawaran yang mana hanya ingin menggunakan khidmatnya sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan dalam Boboy.
“Perkara ini memang dah lama kami pendam sebab kami selalu tak dapat peluang untuk bermain sebagai sebuah band.
“Sebelum ini saya sering dipanggil untuk buat persembahan nyanyi lagu Boboy tapi main dengan pemuzik lain.
“Kiranya macam saya dah salah guna nama Boboy itu. Walaupun abang-abang saya (ahli kumpulan Boboy) cakap ini rezeki saya tapi takkan mereka tiada tempat untuk tunjukkan apa yang mereka nak tunjuk (main muzik).
Ads
“Kalau saya di tempat mereka pun, saya akan terasa hati. Saya tak faham, kenapa terima kami sebagai sebuah band tapi tak nak panggil kami satu kumpulan untuk bermain secara live,” katanya kepada MH.
Naqiu ditemui pada majlis pradengar single terbaharu Boboy, Tetap Bersama yang diadakan di Tropical Klup Restaurat & Bar, Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Bercerita lebih lanjut mengenai ‘comeback’ Boboy, Naqiu berkata lagu tersebut merupakan hadiah bagi mengubati kerinduan dan penantian peminat mereka selama ini.
Ads
“Lagu Tetap Bersama ini diterbitkan dengan mengekalkan elemen atau ‘signature’ lagu-lagu lama kami.
“Secara tak langsung, lagu ini dekat dan relevan dengan peminat. Kami tidak mahu identiti dan memori yang melekat tentang jenama dan perjuangan Boboy berubah hanya kerana kami mahu mencuba sesuatu yang baru untuk projek ‘reunion’.
“Kami mahu peminat masih dapat mengaitkan lagu ini dengan lagu-lagu Boboy yang pernah mereka kenal 20 tahun dulu.
“Cuma, susunan dan penerbitannya saja lebih matang dan moden, seiring dengan perubahan masa,” kata Naqiu mewakili ahli kumpulan yang lain.
Ads
Selain Naqiu, Boboy yang pernah mencetuskan fenomena pada awal era 2000 turut dianggotai Shah selaku gitar utama, Didi (pemain bass) dan Dzul (pemain dram).
Lagu Tetap Bersama dilancarkan di semua platform penstriman muzik digital bermula 22 Julai lalu. Ia merupakan lagu ciptaan Naqiu manakala liriknya pula dihasilkan oleh Wit dan Mohsen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Boboy, Naqiu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres jelita, Nur Fazura meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir portal huburan tempatan yang telah memutarbelitkan kenyataannya mengenai isu anak.
Menurut Fazura, artikel yand diterbitkan portal hiburan tersebut adalah tidak benar dan kerana itulah dia jarang memberikan kenyataannya kepada pihak media.
Rasa kecewa itu telah disuarakan oleh Fazura menerusi Instagram story miliknya.
“Ada orang telah menghantarkannya kepada saya. Artikel ini sangat mengelirukan dan tidak masuk akal sama sekali. ‘Buka kilang’ dan ‘bukan kilang’ adalah dua perkara yang berbeza.
“Saya tidak tahu hendak buat apa dan saya ketawa pada masa yang sama. Ini adalah sebab kenapa saya jarang memberikan kenyataan kerana pasti ada orang yang akan memutar belitkannya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Fazura turut memberi nasihat kepada para bloggers di luar sana supaya sentiasa mendapatkan fakta yang betul ketika membuat laporan.
“Ini nasihat saya kepada semua bloggers. Tolong berhenti daripada mencuba untuk menjadi wartawan yang sebenar jika anda tidak mempunyai ilmu dan etika ketika membuat laporan atau anda terlalu malas untuk membuat rujukan. Dapatkan fakta sebenar sepatutnya menjadi keutamaan anda,” katanya lagi.
Foto: Instagram Nur Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyampai radio, Elizad Sharifuddin mendedahkan empat jenis pil yang perlu diambilnya dalam usaha mendapatkan rezeki zuriat.
Menerusi salah satu entri di Instagram yang turut dilampirkan dengan berapa video pendek, bintang berusia 36 tahun itu difahamkan mengambil pil tersebut atas nasihat doktor sebagai antara proses rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) yang dilakukannya.
“Salam & Selamat pagi kesayangan semua . Today consultation day lagi dgn @sophea_fertility.
“Okayh mana2 yg tya i dah start mkn ubat apa ? Nah share , tiap pagi amik Folic Acid , Vitamin D , Coenzyme Q10 & Multi Vitamine.
“Selebihnya boleh dengar jawapan Doc dekat You Tube Elizad Sharifuddin Officially . Love @sophea_fertility,” tulisya sambil disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Terdahulu, bekas hos Mingguan Wanita itu kini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lima tahun berumah tangga dan kini turut menghadkan komitmen seninya.
Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015 lalu.
Foto: Instagram Siti Elizad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Jiwa saya ‘leman’ dan peminat saya memang ramai daripada daerah luar bandar. Malah saya sudah pun cuba sampaikan lagu yang di luar kebiasaan saya, namun peminat lebih gemarkan lagu sedemikian (leman).”
Demikian respon bintang Gegar Vaganza All Stars (ASGV), Siti Nordiana terhadap komen yang diberikan juri tetapnya, Datuk Ramli MS yang menyifatkan kebanyakan peminat karya seni penyanyi itu terdiri daripada ‘peminat daerah’.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya memang gemar mendengarkan dia menyanyi lagu-lagu mendayu atau leman sejak dahulu.
Malah, genre berkenaan juga cukup dekat dengan dirinya.
“Saya akui yang saya memang suka nyanyi lagu sebegini sebab ia kena dengan jiwa saya. Mudah bagi saya nak bawa lagu mendayu. Kalau genre lain, kena buat banyak usaha sikit, nak masuk dengan groove dan sebagainya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Nana turut mengulas mengenai komen semangat yang turut diberikan Hetty Koes Endang sejurus dirinya selesai membuat persembahan.
“Bonda dua minggu lepas memang ada berikan komen ‘pedas’ pada saya. Tapi komen itulah membuatkan saya kini mahu ‘fight’ dengan diri sendiri. Tak kanlah kita asyik nak rasa ‘stage fright’, rasa takut dan sebagainya.
“Jadi saya cuba cabar diri untuk membuat persembahan di pentas ini. Supaya tak rasa gementar sangat, apatah lagi bertanding dengan semua nama yang besar,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.