Ada peminat yang sedia tahu Ruhainies masih belum bersedia memperkenalkan kekasih hati kepada umum, lalu menutup wajah si dia menggunakan emoji andai ada foto bersama yang dimuat naik ke laman sosial.
Malah, perkara tersebut sudah pun dijelaskan bintang Jejak Karmila itu sedari awal menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. E itu awal tahun lalu.
Bagaimanapun, kakaknya yang juga pelakon, Nur Risteena Munim pula dilihat melakukan perkara sama apabila mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah seorang lelaki yang belum diketahui identitinya itu.
Terdahulu, bintang yang mulai dikenali setelah muncul dalam drama bersiri, Hello, Mr. Perfect! itu sebelum ini difahamkan bakal mengakhiri zaman solo tidak lama lagi.
Setakat ini, belum ada penjelasan rasmi berkenaan hal tersebut yang dibuat Risteena serta siapakah gerangan lelaki di balik wajah yang ditutupi, menggunakan emoji berbentuk hati.
Foto: Instagram Risteena, Ruhainies
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mawar Rashid atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid tidak menolak andai dikurniakan rezeki cahaya mata lagi.
Anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael kini sudah pun mencecah usia lebih tujuh bulan.
Kata Mawar kepada MH, dia bersyukur andai diberikan rezeki zuriat awal meski dirinya mengakui mahu beri fokus terhadap anak dan kerjaya untuk tempoh dua tahun sebelum memikirkan soal menambah ahli keluarga.
“Saya masih muda. Jadi saya okay sahaja kalau dikurniakan rezeki anak lagi.
“Akan tetapi buat masa sekarang saya dan suami perlu fokus pada Rafael yang kini sedang membesar terlebih dulu.
“Pada masa sama, saya baru sahaja kembali ke set penggambaran setelah lebih setahun berehat,” katanya.
Bekas finalis Dewi Remaja 2014/15 ini baru sahaja muncul menerusi tele-movie seram, Penaklukan Syaitan siaran Astro Citra Exclusive, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, saya gembira. Kalau Allah dah bagi, kami syukur, terima sahaja,” terang Mawar lagi sambil dipersetujui suami, Raff Yaakob yang setia menemani isteri di sisi.
“Abang dengan kakak dia minta ‘babygirl’,” celah Raff lagi secara berseloroh.
Ditanya mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan ini mengakui menyimpan impian memiliki dua lagi permata hati bersama (hasil perkahwinan terdahulu, Raff dikurniakan dua orang anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela).
“Saya hadir hadir dari keluarga keluarga yang besar. Jadi saya sangat gembira kalau dikelilingi adik-beradik yang rapat hubungannya.
“Kami saling menyokong dan bersyukur kerana ada keluarga yang sedemikian dan saua turut kongsikan ia bersama suami… Gembira kalau ramai anak, asalkan saya dan Raff mampu untuk jaga dan beri fokus,” jelas Mawar.
Secara tiba-tiba, sekeping foto yang dimuat naik bintang remaja, Masya Masyitah diperkatakan ramai sejak semalam apabila ada yang mendakwa, terdapat kesan suntingan yang jelas pada bahagian paha penyanyi berkenaan.
Lalu, Masya tampil memberikan penjelasan antara sebab menyunting foto peribadinya untuk dimuat naik di Instagram, baru-baru ini.
“Hai semua.. Okay semalam tetiba ada org menviralkan gambar yg agak lama dah masya post.. Dan masa tu takdak sorang pon comment pasai edit pungkoq ka apa semua ni.. Bila semalam tiba2 viral.. Masya pon terkejut.. Then masya tgk balik.. Haah la.. Mmg edit.
“Okay.. Masya mengaku memang masya edit…tapi bukan untuk nak tayang i ada pungkoq besaq ka apa sebab masya jenis tak suka pungkoq besaq… Tgk gambaq first ni.. Ini yg original.. Why masya edit? Masya edit sebab tu tengok kat bahagian Paha tu jadi bukit2 tu.. Tak tau pasaipa.
“Mungkin masya tak betulkan seluaq sebelum pose tu.. Jadi dia jadi berketak2 kat situ sikit.. Jadi saya mengaku lah salah saya sebab saya edit.. Tapi saya edit bukan sebab nak besaqkan pungkoq or bagi nampak lebih sexy.. Tapi hanya untuk menstraightkan balik bahagian ketak tu.. Tak sangka la sampai wall tu pon tertarik sekali,” tulisnya.
“And.. @yuraarose terima kasih viralkan saya kat twitter dan jadikan gambar saya sebagai bahan lawak untuk korang…tak sangka lah awak ni mmg stalk habis2 pasal saya.. Minat bebenor ek? Hahaha.. @yuraarose kalau tak puas hati lai dm.
“Yang memaki saya macam2 tu.. Maki je la.. Kalau itu yg buat korang happy I okay.. 😊 Itu saja penerangan saya pada harini.. Macehhh,” maklum Maysa panjang lebar.
Masya yang kini berusia 19 tahun popular dengan single terkininya, Halimunan.
Penyanyi rock negara, Amy Search memberikan dedikasi kepada isteri tercinta, Norhasniza Hassan atau sinonim dengan gelaran Qasander bersempena dengan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 tahun.
Popular dengan lagu Isabella, Amy bersyukur kerana ikatan perkahwinan yang dibina bersama sangat bahagia dan gembira.
“Alhamdulillah… Happy 16 Anniversary sayang. 16 thn dh pelayaran kita dn dh jauh rupa nya kita dh belayar. Mata mu bagaikn, mata angin mencari arah.
“Mata mu rindu yg meminta, Menyeru angin melayar kan bahtera. Kita lalui permulaan pelayaran yg penuh bergelora hnya utk kamu memahami diri aku.
“Kita selalu berdoakn kebahgian yg kita impikan. Sentiasa berbesar hati dgn dugaan kerna ada kebahgian di balik dugaan itu.
“Kita ke lautan dlm, kita ke puncak gunung, kita ke gurun dn kita terbang di awan, seperti bulan madu di awan biru. Semua itu bagai sebuah syair yg aku lagu. Tkasih kerna melukiskan secantik mungkin buat hari2 indah ini. I love U sayang,”tulisnya sambil disertakan beberapa keping gambar bersama.
Sementara itu, menerusi Insta Stories Qasander, dia memaklumkan bahawa mereka membeli sebentuk cincin selepas 16 tahun perkahwinan kerana masing-masing akui fizikal badan sudah berubah.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...