Heroin drama rantaian, Titian Cinta, Farah Nabilah mengakui dia meletakkan beberapa prinsip penting buat dirinya dalam lakonan demi menjaga hati keluarga.

Malah katanya, prinsip tersebut juga adalah penting kerana secara tidak langsung ia boleh menjaga hati ramai pihak, dan tidak membuatkan para penonton menyampah, khususnya apabila melibatkan adegan mesra bercinta.

Terang Farah kepada MH, antara prinsipnya itu adalah, tidak terlalu terlebih-lebih apabila melakonkan babak romantis, misalnya aksi ‘pegang’ yang keterlaluan.

Akuinya, masih banyak cara lain yang boleh disampaikan tanpa perlu melakukan aksi sedemikian.

IKLAN

“Kalau Peluk-Peluk Tu, Tak Payahlah…” – Ini Jawapan Farah Nabila Bila Ditanya Isu Babak Romantis Dalam Drama

“Memang ketika di awal penglibatan lakonan, saya memang tetapkan syarat tersebut. Misalnya masa berlakon Titian Cinta bersama Zul pun, dia ada juga tanya. Begitu juga dengan Aliff Aziz.

 

“Dia (Aliff) ada juga tanya apa yang boleh dan tidak. Macam saya, setiap drama yang dilakonkan tu, saya akan buat ‘perjanjian’. Apa yang boleh dan sebaliknya. 

 

“Macam masa dengan Zul dulu, saya ada cakap kalau peluk-peluk tu tak payahlah. Boleh buat cara ‘adlib’ atau lakukan ‘eye contact’ sahaja ke. Rasanya itu lebih baik. Sebab takut juga nanti kalau pegang-pegang ni orang akan menyampah,” akuinya jujur.

Pada masa sama, Farah memberitahu cara itu adalah yang terbaik, memandangkan drama terbarunya bersama Alif berjudul Hahalkan Hati Yang Kau Curi itu akan bersiaran menerusi slot Akasia TV3 sepanjang Ramadan depan.

IKLAN

“Drama ini pun bulan puasa akan disiarkan. Jadi kena adalah perbincangan sesama produksi dan pelakon,”terang Farah lagi.

“Kalau Peluk-Peluk Tu, Tak Payahlah…” – Ini Jawapan Farah Nabila Bila Ditanya Isu Babak Romantis Dalam Drama

Dalam perkembangan lain, bintang yang juga merupakan rakan baik pelakon pelakon, Izara Aishah ini juga bakal terlibat di dalam drama kapsul bersama sebuah jenama telefon bimbit. Selain itu, dia juga bakal berlakon di dalam sebuah telefilem istimewa sempena Aidilfitri nanti.

IKLAN

Farah ditemui MH di majlis pelancaran fesyen hub terkenal, PrimaValet di Hotel Majestic, Kuala Lumpur baru-baru ini. Selainnya, barisan artis lain yang turut terlibat di dalam projek berkenaan ialah Janna Nick, Atikah Suhaime, Amyra Rosli dan Amar Baharin, Alif Satar dan ramai lagi.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI