Tak dapat MH nafikan untuk berkahwin kita memerlukan sejumlah wang yang besar bagi membuat majlis pernikahan, persandingan dan bertandang.

Setelah hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya penyanyi, Bienda telah mendedahkan tentang tarikh pernikahannya kepada semua iaitu pada 10 Oktober 2009 manakala majlis persandingannya diadakan setahun selepas mereka bernikah.

Terdahulu, Bienda telah merahsiakan tarikh pernikahannya daripada pengetahuan umum sehinggakan banyak spekulasi timbul dan ada yang mendakwa dia telah berkahwin lari di luar negara.

IKLAN

“Kelakar juga bila saya dengar ada yang cakap saya rahsiakan pernikahan sebab kahwin lari dekat Thailand sedangkan saya bernikah di Gombak sahaja dan masjid tempat saya bernikah tu dekat saja dengan rumah ibu saya,” katanya ketika ditemui kelmarin di majlis pelancaran single terbaru berjudul ‘Jaga Hati’ serta memperkenalkan dirinya sebagai wajah koleksi Aidilfitri bagi jenama Clarissa.

Dalam pada itu, penyanyi ini menjelaskan sebab dia merahsiakan pernikahannya adalah kerana tidak mahu menyusahkan keluarga.

“Tujuan saya merahsiakan pernikahan saya dan suami adalah kerana tidak mahu menyusahkan keluarga. Kami sama-sama struggle simpan duit setiap tahun dan waktu itu saya berniaga jual tudung.

 

“Tahun pertama kami simpan duit untuk buat majlis akad nikah dan beli rumah, tahun kedua pula untuk kami punya majlis sanding,” katanya.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Penantian ini lagi, dia tidak mahu memberitahu kepada umum situasi sebenar dia merahsiakan perkahwinannya adalah disebabkan duit.

IKLAN

“Kalau orang tanya kenapa nikah gantung, takkan saya nak jawab saya nikah gantung sebab saya tak ada duit. Nanti orang kata saya nak minta simpati pula.

 

“Saya memang seorang yang tak suka nak susahkan ibu ataupun ayah saya, walaupun saya anak perempuan termasuklah suami saya sendiri,” katanya.

Penyanyi ini juga telah berpesan kepada semua peminat yang mahu mendirikan rumah tangga agar mendahulukan perkara yang wajib iaitu pernikahan jika mahu berkahwin.

IKLAN

“So saya nak pesan kepada semua yang ada perancangan untuk berkahwin tu tak perlulah membazir dan dahulukan yang wajib. Simpanlah duit untuk beli rumah dahulu kemudian baru fikir untuk majlis bersanding,” katanya lagi.

MH harap dengan pesanan yang diberikan oleh Bienda ini dapat membantu pasangan yang mahu berkahwin untuk lebih berjimat dan tidak membazir dalam membuat majlis perkahwinan.

Apapun, MH doakan agar rumah tangga Bienda dan suami tercinta kekal bahagia hingga ke syurga.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI