
Pelakon, Fasha Sandha menasihati kepada orang ramai untuk menzahirkan rasa syukur dalam diri meski menghadapi kesusahan yang dialami.
Ini kerana, bagi Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, masih ada insan di luar sana yang lebih rasa susah, berbanding kita.
Malah, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini turut berpesan jangan pernah sesekali membandingkan kehidupan kita dengan orang lain.
Fasha mencoretkan kata pada pautan video dia dan suami berada di dapur untuk hidangan mereka sekeluarga.

“Ketandusan idea, maka terjadilah menu ni..Yang penting, suami tolong hari ni, haaa baru dia tau, mencabar juga masak memasak ni, Have a great weekend everyone.
“Pesanan untuk kesayanganku dan diri sendiri juga, buat baik berpada2 , buat jahat jangan sekali… dan bersyukurlah selalu dengan apa yang Allah bagi.
“Apabila tiada kesyukuran dalam diri maka Allah akan tarik nikmat hidup, sikit demi sedikit… kalau kita rasa kita susah, masih terlalu ramai lagi orang yang lebih double triple susah daripada kita.
“Sekurangnya kita masih boleh makan, haruslah BERSYUKUR. Love you Kesayanganku,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, ada peminat yang turut sama bersetuju dengan apa yang dikongsi ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Hanya dengan komen, anda dapat membantu. Itu gambaran kepada program khidmat masyarakat (CSR) membabitkan kumpulan popular, Dolla yang bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) The Giving Bank (TGB).
Projek yang dikenali sebagai Live to Give, The Giving Bank X Dolla itu adalah kempen amal di mana artis terbabit iaitu Dolla mempromosikan tujuan program itu dijalankan bagi mencari empat individu yang memerlukan.
Menyedari ramai yang tidak mempunyai informasi tepat dan tempat untuk mencari mereka yang memerlukan bantuan sumbangan, The Giving Bank X Dolla ini adalah platform untuk mereka merealisasikan perkara itu.
Mewakili Dolla, Sabrina atau Sabronzo berkata, projek itu adalah peluang terbaik buat dirinya bersama tiga rakan kumpulan lain iaitu Tabby, Angel dan Syasya untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.
“Sejujurnya, kami sangat gembira apabila dipilih pihak The Giving Bank untuk berkolaborasi dalam projek CSR ini. Saya berasakan ini sesuatu yang bagus yang mana ramai golongan memerlukan dalam keadaan negara kita yang masih dilanda penularan Covid-19.
“Daripada Dolla sendiri, ini adalah waktu tepat buat kami membantu mereka yang kurang bernasib baik. Diakui, kami pun tak selalu dapat peluang seperti ini. Jadi, kesempatan yang ada ini bakal digunakan sebaik mungkin.
“Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dijalankan ini ia dapat membantu dan mengubah nasib mereka. Platform yang disediakan pihak The Giving Bank ini pastinya sangat bermanfaat untuk semua,” katanya.
Menurutnya lagi, Dolla turut mengajak orang ramai untuk bersama-sama mereka mengenal pasti dan membantu golongan yang memerlukan.
“Di pihak Dolla, kami akan mencari empat individu yang layak menerima bantuan. Cuma, tugas peminat dan orang ramai pula adalah mereka juga boleh pergi ke ruangan komen dengan memberikan informasi mana-mana individu yang mereka tahu sedang memerlukan bantuan.
“Dari situ, mungkin pengguna laman sosial lain yang ingin turut serta dengan kami dalam program ini dapat menghulurkan bantuan. Jadi, semakin ramai mereka yang memerlukan dapat diberikan bantuan,” katanya.
Melihatkan situasi semasa dalam negara ditambah dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ternyata memberi kesan yang besar kepada ramai pihak.
Ada yang hilang punca pendapatan, tidak kurang juga yang terpaksa mencari alternatif lain bagi menampung kehidupan seharian.
Sabronzo berkata, apa yang paling penting ketika ini adalah setiap orang perlu bersabar dan sentiasa kuatkan diri untuk terus bertahan.
“Diakui sudah lebih setahun kita berada dalam keadaan yang kurang stabil. Bukan saja orang biasa, tapi kami dalam industri seni juga terkena tempias sama.
“Cuma, Dolla bersyukur kerana sebelum ini ada beberapa projek. Tapi, bagi mereka yang terputus punca pendapatan sudah semestinya berasa risau dan mungkin dalam keadaan tekanan.
“Nasihat saya, harap semua boleh bersabar sikit lagi. Semoga dengan kesabaran yang ada membolehkan kita menjalankan aktiviti macam biasa suatu hari nanti. Bagi peniaga, mereka boleh berniaga macam biasa. Insya-Allah, kita boleh kembali normal,” katanya.
Sementara itu, Pengasas dan Presiden The Giving Bank, Dr Janson Ang Chee Wee menjelaskan, setiap agama mengajar pengikutnya untuk memberi dan berkongsi.
“Ada kitab suci dari semua kepercayaan yang sebenarnya mengajar kita untuk memberi dan berkongsi. Tetapi mungkin dalam dunia yang serba pantas ini, kata-kata memberi dan berkongsi tidak lagi kosong.
“Layanan kepada orang lain adalah harga yang perlu diterima oleh semua. Sebahagian daripadanya menjadi seseorang adalah mengenai menolong dan mengangkat orang lain. Sekiranya ada tindakan yang lebih baik dari seorang lelaki daripada apa yang dia lakukan, itu mesti dengan apa yang dia berikan.
“Dalam amal tidak ada kelebihan. Negara ini tidak akan menjadi tempat yang baik untuk kita tinggal melainkan kita menjadikannya tempat yang baik untuk kita semua tinggal,” katanya.
Terdapat empat cara mudah untuk orang ramai terbabit dalam The Giving Bank X Dolla.
Langkah pertama adalah dengan ‘follow’ Instagram The Giving Bank. Kedua, tekan butang ‘like’ pada hantatan atau ‘posting’ dimuat naik, ketiga, ‘mention’ nama individu yang anda rasakan layak menerima bantuan dan terakhir, kongsikan hantaran dimuat naik TGB itu di Instagram Story anda.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Dunia hiburan di Indonesia digegarkan dengan pengakuan berani kakak kepada Kris Dayanti ini. Yuni Shara ketika ditemubual oleh Venna Melinda, dengan terbuka mengakui bahawa dia tiada masalah dengan anak-anaknya menonton filem porno dan dia tidak mahu menjadi seorang orang tua yang kolot dan tidak berfikiran terbuka.
“Anak-anak saya kebetulan anak-anak yang bersifat terbuka. Tidak mungkin anak-anak kita tidak menonton filem porno baik dari jenis anime atau jenis apapun yang bermacam-macam pasti ada. Jadi dari apa-apa baik berteman sahaja menontonnya,” kongsinya yang membahasakan diri ‘bro-bro’ dengan anaknya agar tidak kekok.
Jadi pelantun yang popular dengan lagu ‘Sepi’ ini memilih untuk menemani anak-anaknya, Cavin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan saat menonton filem seperti itu. Menurutnya pembelajaran tentang seks sejak awal sangat penting di zaman ini. Apatah lagi dia sedar yang dia tidak mampu untuk berada bersama anaknya 24 jam untuk memantau pergerakan mereka.
Cara Yuni Shara dalam menanangani perihal anak-anak menonton filem porno ini dilihat sebagai satu sudut pandang positif oleh Agstried Pieter, ahli psikologi pendidikan anak dan dan remaja Rumah Dandelion.
Dalam temu bual bersama Antara News, dia berkata, “Saat kita menangkap anak sedang menonton filem porno, sepanik apapun perasaan jangan mulakan dengan memarahi anak, kerana akhirnya anak akan tetap menonton filem itu secara diam-diam. Sebaliknya tanya kepada anak kenapa dia menonton filem tersebut ? Sikap ingin tahu? Ataupun ikut rakan-rakan?
“Dari hasil perbincangan yang berlaku sebagai ibu bapa anda boleh memberi pendidikan seks yang berdasarkan fakta, berdasarkan ilmu pengetahuan dan bukan berdasarkan filem porno.”
Sumber: Antara News, detik.com, Sumber gambar: Instagram Yuni Shara
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengakui dirinya kini lebih selesa hidup bersama anak-anak meski pun tanpa kehadiran insan bergelar suami di sisi.
Jelas Datuk Seri Vida, isu keretakan rumah tangga ketika ini dilihat sangat membimbangkan lebih-lebih lagi apabila dikurniakan pasangan yang salah.
A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)
“Realiti Zaman sekarang, berkasih sayang bagai nak rak tapi kosong. Nak beli itu ini untuk diri sendiri pun tak boleh. Tambah dapat jenis biawak komodo hidup. Kerja malas. Tau nak makan tido. Betul la kan?
“Bukan jenis saya laa kalau macam tu. Baik saya bahagia dengan anak anak. Dah cukup,” tulisnya.
Katanya lagi, lebih memeritkan apabila si suami pula merupakan seorang yang pemalas dan tidak berusaha untuk memberikan yang terbaik buat keluarga.
Kenyataan tersebut disuarakan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Melihat di ruangan komen, rata-rata turut bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut mendoakan semoga Datuk Seri Vida kekal bahagia sampai bila-bila.
“Sokong tu Datuk. Lagi tersalah pilih kena tanggung pulak.
“Who need a man when we have everything.
“Kalau saya jadi Datuk pun saya happy je. Sebab banyak sakit juga ada suami ni.
“Inspirasi saya wanita yang berjaya dalam bisnes. Kita nak beli apa InsyaAllah dapat. Nak beramal pun mudah dan senang gitu.
“Bahagia cara tersendiri dengan anak-anak tu lebih baik,” antara reaksi-reaksi yang diberikan netizen di ruangan komen.
Sumber: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

