“Kalau Kekasih Pinang Dan Nikah Baru…,” – Ini ‘Ucapan Amaran’ Hari Lahir Si Ibu, Ayu Puteh Buat Anaknya, Pelakon Wanna Ali

Share

Penerbit Pencil Picture & Record Sdn Bhd, Datuk Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Ayu Puteh berkongsi foto sambutan hari ulang tahun kelahiran anaknya, Wanna Ali yang ke-21, baru-baru ini.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah di ruangan kapsyennya yang inginkan bintang berkenaan terus bersamanya melainkan dia sudah mendirikan rumah tangga.

“Wanna turn 21yrs @wannaali_ Dapat Kunci? No Way!

“Kalau En kekasih pinang dan nikah baru boleh dapat kunci dari mama.. kalau tak? sampai bila2 stay dengan mama. Faham ke Faham? #turn21 #loveyou #25dec,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu,Wanna yang juga merupakan seorang penyanyi dan pelakon turut berkongsi foto sambutan hari lahirnya bersama keluarga itu di laman IG.

“My everything,” tulisnya.

Untuk pengetahuan, Wanna pernah popular dengan ‘single’, Lepaskan ketika dia berusia 15 tahun. Dia juga kini turut aktif berlakon.

Antara filem lakonannya adalah Bo-Peng, Aku Ada Kau Ada dan Tokan.

Dalam pada itu, Wanna juga merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh keputusan 7A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pemasaran. Hebatnya kamu!

Foto/Instagram: Datuk Ayu Puteh & Wanna Ali

IKLAN