MH pasti ramai yang sudah sedia maklum bahawa penyanyi remaja yang semakin menyinar namanya dalam industri seni, Wany Hasrita kini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Influenza B.

Terbaru MH ada ternampak satu gambar yang dikongsikan oleh bekas penyanyi kumpulan Q Face, Fairuz Selamat di Instagramnya bersama Wany di hospital.

Pada ruangan kapsyen pula, Fairuz berkata keadaan Wany kini sudah beransur pulih dan dia juga memohon doa daripada semua untuk Wany.

Dalam pada itu, Fairuz juga turut berkata dia akan memastikan Wany ditahan di hospital selama seminggu atau dua minggu bagi mendapatkan rehat yang secukupnya.

Ads

A post shared by FS (@fairuzselamat) on

“Alhamdulillah wany ok. Suara dia tak ubah mcm mesin tebu ?. Kalian semua doakan dia sihat tau. Kesian dia. Show banyak tp sakit. Tp saya pastikan dia warded seminggu dua. Biar betol2 rehat. Kalau dia g show jugak. Sy bergegas ke sana. Sy culik dia sewenang2nya !!..
.
Get well soon wany. Cpat sihat naa. Durian tak dpt lagi ni!,” tulis Fairuz di ruangan kapsyennya.

Rata-rata pengikut Fairuz juga telah menghujani ruang komen perkongsian Fairuz dengan kata-kata doa buat Wany.

Ads

khairil_syamir: semoga @wanyhasrita sembuh cepat.lupakan tentang show tu sementara waktu. @fairuzselamat jaga wany elok2 korang memang sweet la.

amielmiell: Sweet sgt2…semoga wanie cpt sembuh ya..adk pn jge kshtn ya

Ads

izzhrdzia: www so sweet pi ziarah kak wany ? semoga kembali sihat kak ??❤

MH doakan Wany diberikan kesihatan yang baik dan semoga kembali sihat seperti sediakala.

Sumber: Instagram Fairuz Selamat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI