Memuat naik foto permata hati paling bongsu, Yusoff Al Qardawi, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan setiap anak punya keistimewaan masing-masing.

Jelasnya lagi, melihat anak membesar merupakan satu kejayaan untuknya.

Dalam pada itu, dia turut menanam impian mahu memiliki 10 orang anak andai punya rezeki.

“Banyak macam mana pun anak .. abang pasti yang mana itu ada kelebihan tersendiri dan setiap anak itu amat istimewa di mata ibu dan ayah.

“Malah bagi abang segi anak tu bawa rezki bila tengok muka anak-anak membesar rasa macam satu kejayaan sebab tu kalau boleh abang nak ada 10 orang anak kalau bileh lahh.

IKLAN

“Lagi-lagi kan lah dapat anak yang comel macam @yusoffalqardawi_terlajaklaris lagi abg happy,” jelasnya.

IKLAN

Perkongsian foto Yusoff mendapat reaksi teruja netizen akan kecomelannya.

Rata-rata meninggalkan komen mendoakan agar pasangan ini terus bahagia dan dikurniakan rezeki zuriat.

IKLAN

“Kalau Boleh Nak Ada 10 Orang Anak,”  Aliff Syukri “Kalau Boleh Nak Ada 10 Orang Anak,”  Aliff Syukri

Untuk rekod, pasangan usahawan selebriti ini telah berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta menjaga seorang anak angkat.

Shahida juga kini sedang menanti detik bersalin anak kelima mereka.

Foto : Instargram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI