Kehidupan berumah tangga kadang kala ada turun naiknya, ada masa kita bahagia dan ada masanya juga berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri.

Namun begitu setiap perselisihan faham ini perlu ditangani secepat mungkin dengan cara yang matang supaya suami isteri tidak bermasam muka dalam jangka masa yang panjang.

MH tertarik kepada salah satu perkongsian pelakon, Norzizi Zulkifli yang berkongsi tips suami isteri yang diberikan oleh ibunya kepada mereka adik beradik.

Kata ibunya, jika suami dan isteri bergaduh haruslah diingat semula waktu bercinta dahulu dan kenang saat manis dan bahagia ketika itu, pasti segala kebencian dan kemarahan akan hilang.

IKLAN

“My two Rupawan…. My mom and Anggun… Ok kita share skit tips Datin Normala Omar kalu dia berpesan kat kami, anak2 dia… “Kalau bergaduh dengan suami, kena ingat zaman2 bercinta dulu. Ingat all those sweet memories. Then hilanglah semua kebencian dan kemarahan…” Mama selalu berpesan “Allah bagi suami yang terbaik buat kita. Itulah utk kita!”. Another sharing from her “kenapa kita selalu question? Kenapa rumput itu hijau? Kenapa rumput itu tak merah? Kita bukan patut questioning tetapi kita kena terima yang rumput itu mmg hijau. Accept! Nak accept itu sukar tapi kena belajar utk accept”…. Ok, 3 tips dr Mama sy kongsi today ? #tokmapanggilAnggunKasihPurnama Haiyakkk… AnggunKasihRupawanlahTokMa?,” tulisnya.

Nampaknya ruang komen Norzizi dihujani dengan komen daripada peminat yang berterima kasih atas perkongsian tips tersebut.

nomore12355: tip yg berguna untuk orang yg belum kawin macam saya..terbaikk ??

IKLAN

saazabadi: Nice tips Dr @norzizizulkifli for old couples and new couple. Inspiring tips. Tqvm

shiela.d.dapoq: good sharing.. tq dear ?

IKLAN

zettyzamira: terbaik sngt perkongsian…mmg btl…???

MH harap dengan perkongsian daripada Norzizi ini dapat mengeratkan lagi setiap hubungan suami isteri.

Sumber: Instagram Norzizi Zulkifli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI