Pelakon Hairul Azreen menerusi instagram anak sulungnya yang menggunakan akaun @thryusufiskandar ada menitipkan harapan serta pesannya buat anak lelakinya itu.
Kongsinya, andai Yusuf sudah boleh membaca nanti, dia mahu kanak-kanak itu supaya mengambil tanggungjawab menjaga keluarga andai sesuatu berlaku kepadanya suatu hari nanti.
“Yusuf nanti bila dah boleh baca, Daddy just nak pesan Yusuf sebagai abg yang sulung, Yusuf kena jaga adik kena jaga mommy, jaga si gemok Jibu, dengar cakap mommy!
Ads
“Sebab kalau apa2 jadi kat daddy Yusuf kena ambil tanggungjawab itu, bila Yusuf rasa takut/sedih/tak tau nak buat apa, ada masalah , doa banyak2 pada Allah sebab itu yang kami selalu buat,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut menitipkan pesan agar sentiasa sebut hal yang baik-baik memandangkan apa yang disebut itu ialah doa yang melantun.
Ads
“Sentiasa sebut benda yg baik2 sebab kata2 itu adalah doa yang melantun, bak kata mommy.
“Gambar ni pada 25/5/2019
hari ke dua selepas adik Alisa lahir,
masa ni first time Yusuf jumpa adik
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,kebahagiaan & umur yang panjang Amin,” maklum Hairul panjang lebar.
Ads
Terdahulu, pasangan selebriti ini menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Alisa Aisyah, petang Jumaat lalu.
Selepas mengumumkan berita kelahiran anak keduanya semalam, ucapan tahniah dan syukur diterima pasangan selebriti, Hanis Zalikha sama suaminya, pelakon Hairul Azreen.
Dilahirkan pada minggu-minggu terakhir Ramadan, iaitu pada petang Jumaat lalu, bayi perempuan yang diberi nama Alisa Aisyah Hairul Azreen itu telah didedahkan wajahnya khusus buat tatapan para peminat.
Malah, rakan selebriti turut tidak melepaskan peluang untuk turut sama kongsi kegembiraan dengan memberi dedikasi khas buat keduanya menerusi Instagram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar.
Pelakon kacukan, Dini Azan Schatzmann yang mulai dikenali menerusi drama bersiri, Cik Reen Cik Ngok Ngek menafikan dirinya kini bercinta dengan pelakon Janna Nick.
Sebaliknya, pelakon berusia 25 tahun itu lebih senang untuk berkawan dengan semua orang, sementelah dirinya masih lagi baru dalam dunia lakonan tanah air.
“Saya dengan dia ada bekerjsama menerusi sebuah drama iaitu Bukan Cinta Aku.
Dalam drama tersebut, Janna pegang watak sebagai kakak saya. Jadi secara tak langsung dia banyak membantu saya dalam lakonan, memandangkan drama tersebut merupakan percubaan saya yang kedua.
“Malah, saya sendiri masih rasakan kualiti lakonan pun masih perlu diperbaiki, jadi dia membantu dan kami menjadi kawan,”jelasnya kepada MH.
Diajukan sama ada keduanya mempunyai hubungan istimewa apabila Janna dilihat sering memberikan komen terhadap kebanyakan foto aktor tersebut di Instagram, ini jawapan Dini ada jawapannya sendiri.
“Dalam industri seni ini, saya masih lagi baru dan tak kenali ramai penggiat seni lainnya. Kalau yang kenal pun saya akan teruskan hubungan berkawan itu. Macam dia, saya berkawan. Macam komen-komen di IG pun, setakat itu sajalah,” terangnya.
Ditanya adakah Janna Nick mempunyai ciri wanita pilihan, Dinie mengakui bintang Cari Aku Di Syurga itu seorang yang peramah.
“Dia wanita dan pelakon yang saya kagumi dan saya letakkannya sebagai kawan yang baik. Saya senang berkawan dengan dia, sama juga macam Fikry Ibrahim dan Hafidz Roshdi di set pun saya baik.
“Suka berkawan dengan artis lain di lokasi penggambaran sebab secara tak langsung saya boleh belajar sesuatu daripada mereka. Macam mana nak minta diajar, kenalah berkawan,” katanya lagi kepada MH.
“Dia pun seorang yang ‘bubbly person’ dan peramah. Siapa yang tak suka dengan individu yang ada sikap sedemikian,” katanya yang turut memberitahu turut berkawan rapat dengan Farah Nabila dan Nabila Razali.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.