Penyanyi dan aktivis, Heliza Helmi akhirnya berkongsi foto hari bahagianya bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman di Instagram.

Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kira-kira jam 11.11 pagi, 1 Januari lalu dengan sekali lafaz.

Atas izinNya, Heliza menitipkan rasa syukur serta memberikan dedikasi ucapan buat suami tersayang.

“Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama,” – Heliza Helmi Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami

“KUN FAYAKUN. Jadilah maka terjadilah. Jika Allah menghendaki sesuatu, maka apapun dapat terjadi.

IKLAN

“Maka dengan izin dan kekuasaan ALLAH SWT, maka terjadilah kami sebagai pasangan Zauj dan Zaujah. ALLAHU AKBAR. Kalau anda rasa terkejut, kami pun sama.

“Tiada daya upaya kami melainkan ALLAH. Terlalu bersyukur atas segala yang ALLAH aturkan.

Jazakumullahu khayr buat Zauj @mahadibz sudi mem..Zaujahkan diriku (eh ada ke ayat ni) ini yang bukan shiapa shiapa…,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

IKLAN

“Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama,” – Heliza Helmi Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami “Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama,” – Heliza Helmi Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami “Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama,” – Heliza Helmi Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami

Meninjau ke ruangan komen pada hantaran sama, para peminat serta rakan-rakan turut mendoakan kebahagiaan yang baik-baik buat pasangan.

Sementara itu menerusi Insta Stories, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) berseloroh akhirnya dia kongsikan fotonya bersama Mahadi.

IKLAN

“Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama,” – Heliza Helmi Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami “Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama,” – Heliza Helmi Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami “Kalau Anda Rasa Terkejut, Kami Pun Sama,” – Heliza Helmi Akhirnya Kongsi Foto Bersama Suami

Pada masa sama, Heliza memaklumkan muzik video Dilamarmu sudah pun boleh ditonton di saluran YouTube, The Helmis.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Heliza Helmi, YouTube The Helmis

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI