HomeBerita“Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar...
“Kalau Ada Yang Tertinggal, Saya Akan…,” – Aisha Retno Tak Tangguh Belajar Meski Bersaing Di Big Stage, Percaya Kerjaya & Pelajaran Boleh Jalan Seiring
Penyanyi meningkat naik, Aisha Retno mendedahkan dirinya tidak akan menangguhkan pengajian di universiti meski bakal berdepan dengan jadual padat apabila memilih untuk bertanding di program realiti, Big Stage 2022.
Menurut Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, kerjaya dalam bidang seni dan pelajaran mampu berjalan seiring sekiranya kita bijak membahagikan masa dengan baik.
“Buat masa sekarang saya tidak menagguhkan pun pengajian saya. Saya masih lagi teruskan. Perkara ini mengajar saya mengenai fokus adalah perkara yang paling penting. Saya kena bijak bahagikan masa demi kerjaya dan pelajaran.
“Ini adalah apa yang saya mahu. Saya tidak akan anggap pelajaran sebagai penghalang untuk saya berikan persembahan yang terbaik di Big Stage 2022. Begitu juga sebaliknya. Saya akan pastikan kerjaya dan pelajaran berjalan seiring.
“Sekarang ini pun kelas saya berjalan secara online. Kalau ada subjek yang saya tertinggal, saya akan bertanya kepada kawan-kawan,” katanya kepada MH.
Pelajar jurusan ekonomi di Universiti Malaya ini berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Aisha turut memaklumkan dia tetap mahu mengejar impiannya di Big Stage 2022 meskipun pernah bergelar juara di sebuah program realiti nyanyian yang lain sebelum ini.
“Sebenarnya, semenjak mula-mula saya menceburkan diri di dalam industri seni pada 2019, saya telah mengikuti ramai pekembangan penyanyi lain. Antaranya Sarah Suhairi yang juga merupakan juara Big Stage musim pertama.
“Sejak daripada itu, saya dah pasang impian untuk masuk ke program Big Stage. Tapi masa tu saya belum cukup dikenali dan video saya pun kekurangan views lagi. Selepas itu, saya nekad untuk kejar impian saya di Big Stage dan rezeki saya hadir pada tahun ini.
Ads
“Sudah tentu tekanannya pasti akan ada sebab orang sudah mula mengenali saya ketika saya menyertai sabuah program realiti nyayian satu ketika dahulu. Alhamdulillah rezeki saya apabila saya turut dinobatkan sebagai juara,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila ramai yang menganggap dia sebagai pesaing terhebat di Big Stage 2022, Aisha menyifatkan setiap peserta memiliki peluang yang sama.
Ads
“Saya faham expetasi orang luar terhadap diri saya memang tinggi tetapi saya selalu setkan dalam minda saya untuk ‘go with the flow’. Walaupun apa sahaja dugaan dan halangannya, saya akan tetap laluinya juga.
“Saya ambil itu sebagai satu pujian tetapi saya tidak mahu berada di zon yang selesa. Saya menganggap semua peserta setaraf dengan saya. Kita semua ingin bersaing merebut gelaran yang sama. Saya tahu semua orang memang nak jadi juara.
“Kalau diberikan rezeki, saya juga ingin menjadi juara. Saya tidak akan sesekali memandang rendah kepada peserta-peserta lain,” akhirinya.
Terdahulu, Big Stage 2022 yang dihoskan oleh Sheery Al-Hadad dan Alif Sattar akan mula bersiaran pada 6 Februari ini jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Go.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar berbesar hati apabila berpeluang bersaing di atas pentas sama dengan dengan komposer dan penyanyi muda cukup berbakat pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 36 (SFMM36), pada Sabtu.
Meski lagu nyanyiannya, Tanpa Rela gagal lolos dalam senarai 12 finalis Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36), Misha yang turut menjadi komposer bersama di dalam lagu tersebut, menyifatkan apa yang dilalui menjadi pemangkit semangat untuk terus memberikan yang lebih baik selepas ini.
“Tahniah buat 12 lagu yang telah mara ke AJL 36. Alhamdulillah, semalam Kak Mitch berpeluang berkongsi pentas dengan sekalian anak-anak seni yang berbakat dalam industri muzik kita.
“Meskipun lagu ciptaan Kak Mitch bersama @szewankenobi @zhusni dan @slenfadzil tak berjaya ke AJL 36, tapi percubaan kali ini meskipun gagal, tetap akan jadi pembakar semangat yang baik untuk kak Mitch menimba lebih banyak ilmu dalam nyanyian dan bidang penciptaan lagu.
“InsyaAllah… Doakanlah mudah-mudahan kak Mitch boleh cipta lagu yang lebih baik dan berkualiti di masa akan datang,” tulisnya di Instagram.
Bintang berusia 39 tahun itu pada masa sama turut menitipkan penghargaan buat semua pihak.
“Terima kasih buat kawan-kawan kak Mitch semua yang telah mengundi Tanpa Rela di carta mingguan Muzik-Muzik sehingga mara ke Semifinal Muzik-Muzik 36.
“Terima kasih juga kepada pihak TV3 di atas platform yg diberikan untuk kami semua pertaruhkan karya-karya seni kami dari semasa ke semasa.
“Terima kasih juga kepada pihak Sony Music @sonymusic_malaysia kerana percaya dengan lagu pertama ciptaan Kak Mitch utk diketengahkan. Can’t wait for AJL36. Awak sokong siapa?,” tulisnya lagi.
Semalam, 12 buah lagu berjaya layak ke AJL36 iaitu Mimpi (Haqiem Rusli), Sepi (Aina Abdul), Purnama (Naim Daniel), Lara (Haqiem, Naim, Hael Husaini) dan Nafas Cinta (Aina dan Khai Bahar).
Enam lagu lain yang turut diumumkan termasuk Boneka (Ernie Zakri), Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Salahku (Yonnyboii), AEWO (Shiha Zikir), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Milan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat hos dan usahawan, Noor Neelofa yang telah pun selamat bersalin bayi lelaki pada 29 Januari lalu, kira-kira jam 3.44 petang.
Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz sepakat menamakan anak mereka, Muhammad Bilal Muhammad Haris.
“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.
“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.
“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” kata Haris menerusi satu kenyataan.
Sementara itu, pasangan selebriti berkenaan memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi sebarang foto anak lelaki mereka buat masa sekarang.
Untuk rekod, Neelofa dan Harris yang juga pendakwah bebas terkenal mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam telah berlangsung majlis gemilang Nona Superhero Award anjuran Majalah Nona dan Ideaktiv. Anugerah yang dianjurkan buat julung kali itu telah diadakan di One World Hotel, Petaling jaya dalam suasana yang meriah namun mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan.
Antara penerima anugerah pada malam itu, kemunculan Azwan Omar atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Abang Viva’ menjadi tumpuan. Dia yang dikenali ramai dek keberanian dan juga sikap suka membantu mangsa-mangsa banjir telah menerima Anugerah Nona Superhero yang disampaikan oleh Tan Sri Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Saat menerima anugerah tersebut, Azwan turut membawa ibunya ke atas pentas bagi mengambil trofi bersamanya. Menurut jejaka itu, anugerah tersebut didedikasikan untuk ibunya yang merupakan figura penting dalam kehidupannya.
Kisah Azwan Omar tular apabila dia datang ke lokasi banjir bagi membantu mangsa bersama kereta Viva, sebuah bot angin dan berbekal RM50 dipoket. Dari menghulurkan bantuan di Selangor dia menuju pula ke Pahang bagi menyumbangkan kudrat tulang empat keratnya dalam menyelamatkan mangsa banjir yang memerlukan bantuan.
Sebelum ini Azwan telah menerima sebuah motosikal jenis Yamaha XJ6S dan aksesori lain seperti topi keledar, beg galas dan juga jaket pemberian ICITY Motorworld Sdn Bhd.
Selain Azwan antara selebriti tempatan yang turut menerima anugerah pada malam itu adalah Awal Ashaari, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Seri Eizlan Yusof.
Awal Ashaari dianugerahkan Nona Men’s Style Icon manakala Datuk Jamal Abdillah pula dianugerahkan Nona Men’s Legend. Datuk Seri Eizlan Yusof pula dinobat sebagai Nona Man Celebrity Achievement Award.
Sekadar informasi, Anugerah Nona Superhero merupakan kesinambungan Anugerah Nona Superwoman yang mana anugerah ini dikhaskan untuk memartabatkan figura-figura lelaki yang menyumbang nilai positiviti dalam bidang masing-masing.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...