Tiada angin, tiada ribut, timbul pula spekulasi membabitkan pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selepas syarikat mereka didakwa memotong gaji pekerja gara-gara tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Menurut Wawa, syarikatnya itu tidak pernah berbuat sedemikian malah, dia juga tetap memberikan gaji kepada para pekerja sewaktu negara dilanda pandemik.
“Isu yang dikaitkan dengan kami itu tidak betul. Kami tidak pernah memotong gaji pekerja. Malah, ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pun, kami masih berikan bonus.
“Pada tahun lepas pula, staf saya sangat meriah dengan bonus. Hari raya dan hujung tahun dapat bonus. Mereka juga dapat bercuti ke luar negara, berjalan-jalan dan membeli belah,” katanya kepda MH.
Wawa berkata sedemikian ketika ditemui media pada majlis Malam Aprisiasi Wawa Cometic 2023 yang berlangsung di Tenera Hotel, Bangi pada Sabtu.
Ads
Jelas Wawa lagi, dia dan suami amat kecewa kerana dakwaan tersebut mula tersebar disebabkan satu artikel yang diterbitkan sebuah portal blogger.
“Sebenarnya, tiada siapa pun yang menuduh saya atau Aeril tetapi pihak blogger tersebut yang membuat spekulasi sendiri. Merekalah sebenarnya yang mencetuskan fitnah tersebut.
“Saya rasa ini fitnah yang paling teruk pernah kami terima. Kalau pihak portal tersebut meletakkan tanda soal pada kenyataannya itu dan gambar kami dikaburkan, mungkin kami boleh terima lagi.
“Ini setepek gambar kami di situ dan tiada tanda soal pada kenyataan tersebut. Seolah-olah pihak tersebut mengiyakan dakwaan syarikat kamilah yang dimaksudkan kerana tidak membayar gaji pekerja.
Ads
Lantaran itu, Wawa memaklumkan dia dan suami terpaksa membawa perkara tersebut ke muka pengadilan demi menjaga nama baik syarikatnya.
“Setahu saya, pihak laman portal tersebut telah menerima surat ‘letter of demand’ (LOD). Yang menguruskan segala hal ini adalah Aeril sebab dia rasa geram sangat. Saya ni hanya menenangkan dia sahaja.
“Aeril memang nak ambil tindakan kerana perbuatan tersebut telah mencalarkan nama baik kami. Sebagai usahawan, kami tak boleh biarkan kalau imej kami dicalar. Aeril anggap perkara ini sangat serius,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut memberitahu, dia tidak mahu hal seperti ini menjejaskan hubungannya bersama pihak media yang lain.
“Kepada pihak media terutamanya blogger yang saya kasihi, anda juga banyak menyokong kami. Jadi, kami tidak mahu perkara seperti ini merosakkan hubungan kita. Saya pun tak mahu perkara ini terjadi.
“Kepada blogger berkenaan, saya minta maaf kalau anda terasa dengan tindakan kami. Namun, kami tetap kena buat untuk memberi pengajaran bukan kepada dia sahaja tetapi juga kepada orang lain yang suka buat spekulasi sendiri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umur bukan penghalang untuk mengejar cita-cita dan melakukan apa yang disukai. Falsafah ini dibuktikan oleh Choi Soon-hwa, 80, yang bergelar finalis Miss Universe Korea 2024.
Biarpun pada malam pertandingan Choi tidak berjaya bergelar juara, namun dia berjaya memenangi salah satu anugerah yang diumumkan iaitu Anugerah ‘Best Dresser’.
Menggayakan gaun petang rona putih penuh dengan perincian jemeki dan net-cape, Choi yang merupakan seorang model berjalan anggun dan yakin dengan rambutnya yang memutih.
“Biarpun pada usia sebegini, saya memiliki keberanian untuk mengambil peluang dan menyahut cabaran.
“Saya mahu orang memandang saya dan menyedari yang mereka boleh hidup sihat dan mencari bahagia dalam apa yang mereka mahukan dan cabar diri untuk mencapai impian,” kongsinya sebelum pertandingan.
Pernah bekerja di hospital sebelum bersara, Choi menceburi dunia modelling pada usia 72 tahun untuk membayar hutangnya.
Dia kemudiannya mengikuti kelas catwalk dan berjaya bernaung di bawah agensi peragaan sebelum terpilih untuk memperagakan busana di Seoul Fashion Week ketika berusia 74 tahun.
Sehingga kini, Choi telah banyak menghiasi kempen fesyen dan menghiasi majalah antarabangsa seperti Harper’s Bazaar dan Elle.
Pertandingan Miss Universe Korea 2024 menyaksikan gadis berusia 22 tahun, Han Ariel, dinobat sebagai juara dan bakal mewakili Korea di pertandingan Miss Universe yang bakal berlangsung di Mexico, November nanti.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendangdut terkenal Indonesia, Ayu Ting Ting atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina telah selamat bertunang dengan anggota tentera yang dikenali sebagai Muhammad Fardhana.
Tampil begitu anggun dalam busana baju kurung berona putih sedondon dengan tunangnya, Ayu sebelum ini berkongsi bahawa perkenalan dengan bakal suaminya itu telah diatur oleh kedua orang tua mereka.
Tidak lama menjalin hubungan, mereka mula saling mengenali sejak Januari lalu sebelum mengambil keputusan untuk terus ke fasa seterusnya.
Dalam satu temu bual bersama rakan sekerjanya di rancangan bual bicara Brownies, Ruben Onsu, pelantun lagu Sambalado ini berkongsi serba sedikit detik hubungan cinta yang terjalin itu.
Dia menjelaskan bahawa panggilannya kepada kekasihnya itu adalah Mas Dhana dan dia merupakan seorang anggota tentera berpangkat Letnan Satu dalam pasukan Tentera Negara Indonesia (TNI).
Tidak menguar-uarkan pertunangannya kepada umum. Ayu mengadakan majlis pertunangan serba sederhana yang hanya dihadiri oleh keluara terdekat.
Sebelum ini, Ayu terlebih dahulu pernah berkahwin pada 2013 sebelum bercerai setahun kemudian. Hasil daripada perhubungan itu dia memiliki seorang cahaya mata perempuan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberikan kesembuhan buat ibunya daripada wabak Covid-19.
Menurut Aisar, ibu yang terpaksa menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) kini telah pun dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga.
Katanya lagi, dia turut menyifatkan kesempatan tersebut sebagai peluang baginya untuk terus berbakti buat ibunya itu.
“Ya Allah terharu sangat hari ni dapat happykan mama. Mama baru lepas pulang daripada maeps serdang dan bebas daripada Covid-19. Terima kasih ya Allah. Kau memberi Peluang untukku menjaga ibuku @mama_aisar ,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pemilik akaun Youtube, Aisar Khaleed Channel itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Video berdurasi hampir satu minit itu turut memaparkan kejutan yang dibuat oleh Aisar bagi menyambut kepulangan ibunya itu.
Dikesempatan itu juga, Aisar turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa menghargai kedua orang tua selagi diberikan kesempatan
“Seorang ibu tak mengira berapa nilai yang kita beri mereka cuma ingin anaknya hargai dan berada di sisinya .
“Hargailah mereka selagi ada berilah pakaian, makanan dan semuanya terbaik untuknya. Moga kita sama-sama ke syurga Ameen,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan agar ibu Aisar segera diberikan kesembuhan seperti sedia kala.
“Anak-anak syurga Allah sayang.
“Aku pula yang menitiskan air mata. Wow, Aisar, good job.
“Gembirkanlah ibu bapa beforw it’s too late.
“Seronok tengok. Semoga Aisar, mama dan semuanya terus kuat. Amin,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan selain turut dihujani ratusan komen.