Penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK masih berteka-teki mengenai status dirinya yang didakwa sudah pun mempunyai kekasih, sebagaimana yang diperkatakan sesetengah peminat.
Perkara tersebut menjadi buah mulut apabila tular foto serta video pendeknya bersama seorang gadis berhijab yang dirakam mesra baru-baru ini.
Malah, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 23, tidak dapat mengesahkan mengenai siapakah gadis yang dimaksudkan, kerana ia berkemungkinan salah seorang kakak atau ibunya.
“Saya jarang untuk perhati hal yang viral kerana saya dilatih oleh ahli kumpulan untuk tidak mempedulikan perkara yang berlaku. Saya hanya fokus dengan kerja.
“Jadi apa yang berlaku di media sosial, saya kurang ambil tahu. Malah saya pun tak pasti mana satu wanita yang diperkatakan.
“Mungkin kakak saya. Saya ada enam orang kakak dan seorang ibu. Ramai wanita dalam hidup, iaitu ahli keluarga saya. Jadi kalau ditanya mengenai hal tersebut, saya sendiri belum tengok dan kurang pasti.
Ads
“Saya tak dapat mengesahkan, tapi mungkin kakak saya,” katanya jujur.
Ditanya sama ada dirinya masih sendiri atau sudah pun mempunyai teman wanita atau sebaliknya, MK ada jawapannya sendiri.
“Itu semua jodoh. Kalau ada yang selancar dengan perancanganNya, adalah dan begitu sebaliknya. Cuma sekarang kami masih fokus dengan kerjaya memandangkan kami masih muda.
Ads
“Bukan mudah untuk berada dalam industri,” jelasnya lagi.
MK bersama seorang lagi ahli kumpulannya, Tuju ditemui media pada sidang media Konsert HausBoom Music Soro Lounge, Pavilion Elite, pada Isnin.
“Kami masih muda. Kalau ada rezeki untuk menjaga seseorang, rezeki untuk memulakan keluarga itu ada, insyaAllah ia tiada halangan,” akuinya.
Selain MK dan Tuju, enam anggota lain yang turut bersama dengan K-Clique ialah Noki, Somean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNas.
Ads
Terdahulu, Konsert HousBoom Musim bakal dilangusung pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Turut sama terlibat di dalam konsert skala besar ini ialah Hujan, Ella, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta dan ramai lagi.
Jualan tiket yang bermula dari RM30 hingga RM100 akan dibuka menerusi aplikasi ‘TicketApps’ bermula Jumaat depan, 18 Oktober.
Konsert HausBoom Music 2019 ini adalah susulan dari kejayaan penganjuran Housboom Music tahun lalu.
Neelofa dilantik sebagai duta rantau Asia Tenggara Lancome sekali gus menjadi individu Malaysia pertama yang mewakili jenama produk kecantikan Perancis itu.
Terharu atas penghargaan yang diberikan figura popular ini turut menzahirkan rasa bersyukur atas pelantikannya itu serta berpeluang membawa imej wanita muslim berhijab di mata dunia.
“Jenama ini banyak menyokong kerjaya saya sejak lima tahun lalu. Sudah lama saya menyimpan impian untuk bekerjasama dengan jenama yang mengutamakan kebahagiaan, cita-cita dan menjalani kehidupan sepenuhnya dengan indah serta bermakna.
“Saya tak sangka diberi berpeluang menjadi wanita Malaysia pertama dilantik sebagai duta Asia Tenggara bagi produk ini.
“Ini satu tugas yang besar dan tanggungjawab baharu yang perlu saya galas. Susah nak percaya apabila berjaya sampai ke tahap ini.
“Mewakili wanita Muslim berhijab bersama produk antarabangsa ini boleh dianggap sebagai jihad kecil saya. Diharapkan jalinan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT,” katanya.
Neelofa ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Asia Tenggara Lancome di Damansara, pada Jumaat.
Menurut Neelofa lagi, pemilihannya sebagai duta boleh dianggap sebagai satu kejayaan buat negara kerana selama ini wajah produk antarabangsa itu sering ditawarkan kepada negara luar.
“Sebelum ini mereka sering tampil dengan wajah dan duta baharu dari Jepun, Korea dan China. Selalunya wakil daripada Asia Tenggara tidak dipandang sangat.
“Tapi siapa sangka akhirnya wakil daripada Malaysia dipilih menerusi satu proses yang panjang. Ini satu kebanggaan buat kita.
“Insya-Allah, buat kali pertama dalam sejarah produk ini juga akan tampil dengan kempen Hari Raya Aidilfitri 2021. Sebelum ini mereka tidak pernah anjurkan kempen Aidilfitri di Malaysia.
“Kempen ini juga akan diperkenalkan di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi yang mengikuti drama rantaian yang berjudul Cukup Derita Itu, sudah pasti mengenali gadis kolej, Salwa yang dilakonkan oleh Lia Natalia.
Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden memberitahu, ini merupakan pertama kali dirinya berkerjasama dan berlakon bawah arahan pengarah terkenal Along Kamaludin.
Meski hanya mendukung watak sampingan, pelakon berusia 28 tahun ini mengakui berasa takut serta gementar untuk bekerjasama dengan Along namun sangkaannya personalitinya nyata tidak seperti yang dijangkakan.
Menurut Lia, dia menyifatkan Along sebagai seorang pengarah yang sangat teliti dan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu mengenai dunia lakonan.
“Drama Cukup Derita Itu yang diarahkan oleh Sutradara @alongkamaludin buat pertama kalinya Lia bekerjasama dengan beliau. First, takut giler nak shoot bawah arahan beliau sampai tak tido la.
“Rupanya abang Along sangat cool orangnya, sangat details tentang skrip, calltime & banyak ilmu yang Lia belajar dari Beliau. Terima kasih abang @alongkamaludin atas peluang yang diberikan,” tulisnya.
Selain Lia, drama yang berkisahkan konflik kekeluargaan dan percintaan ini dibintangi pelakon Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Rosnah Johari dan ramai lagi.
Cukup Derita Itu bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
Foto: Instagram Lia Natalia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak sampai sehari lagu terbaru Bunga Citra Lestari, 12 Tahun Terindah yang dimuat naik ke saluran YouTube miliknya, klip video lagu tersebut telah pun meraih hampir 5 juta tontonan bersama ribuan komen dari peminat.
Klip video berkenaan yang merakamkan memori kehidupannya bersama suami, Allahyarham Ashraf Sinclair bersama anak mereka Noah Aidan Sinclair nyata membuatkan ramai yang rasa syahdu.
Terdahulu, bintang asal Malaysia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung.
Malah sejak Jun lalu, BCL menerusi Instagram memuat naik beberapa keping foto kenangannya bersama Allahyarham dan anak tunggal mereka sebagai simbolik 12 tahun sehidup semati.
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.