Usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat ada berkongsi beberapa keping foto ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan usahawan dan juru solek, Datuk Alha Alfa pada Ahad.
Dilangsungkan dengan meriah di Dewan MINDEF, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, penyanyi Makhluk Penggoda itu turut berkongsi gambar bersama rakan karibnya, Fasha Sandha yang turut berada di majlis sama.
Menariknya di ruangan kapsyen, Sajat ada menyatakan perasaan terujanya buat Fasha yang kini didakwa hamil anak pertamanya bersama suami, pelakon Aidil Aziz.
“Walaupun lama tak jumpa, tapi bila jumpa, harus bergambar tau. My lovely cute friend Fasha Sandha dan Elisya Sandha.
“Comel sis Fasha berbadan dua. Nanti ada masa kita lepak sama-sama ya,” tulisnya.
Terdahulu, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu disahkan mengandung dua bulan selepas perkahwinannya bersama Aidil Aziz, Mac lalu namun keguguran ketika usia kandungan mencecah kira-kira satu bulan.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fasha dengan Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, dan Putri Raysha Jemyma.
Fasha bagaimanapun masih belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi setakat ini mengenai khabar angin yang membayangkan dirinya kini hamil lagi.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
‘Bagai pinang di belah dua’. Itu ungkapan sesuai buat pasangan Farah Nabilah dan bakal suaminya, Mohamed Amirul Yunus.
Pasangan sama cantik sama padan ini akan mendirikan rumah tangga pada 20 Disember depan.
Meski sudah tujuh tahun menjalin hubungan cinta, namun pasangan ini memegang pada satu prinsip iaitu kesetiaan dan kejujuran dalm setiap perhubungan.
“Sepanjang tujuh tahun bercinta ini, dugaan yang menimpa kami hanya sedikit, tidaklah terlalu berat. Ia tertumpu dari segi kesetian masing-masing.
“Kami bercinta dari jarak jauh kerana saya tidak selalu ada di Malaysia. Ada masanya saya ke luar negara seperti Jeddah, Jakarta, Jerman dan beberapa tempat lagi atas tugasan berkerja.
“Jadi kami sentiasa berhubung melalui video call antara satu sama lain,” kongsi Amirul yang berkerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Jelasnya, dia sudah bersedia untuk ‘terjun’ dalam industri hiburan bersama Farah yang pastinya tidak akan lari dari gosip sebagai seorang selebriti.
“Saya faham kerjaya dia sebagai seorang artis yang tidak lari dari gosip, jadi saya sudah bersedia untuk menerima semua itu.
“Jika gosip itu melibatkan Farah, saya akan bertanya terus kepada dia. Kemudian tiada apa, kami okay sahaja.
“Terkadang, cemburu juga, tapi tiada yang serius kerana itu hanyalah gosip yang sentiasa ada bergelar selebriti,” jelas Amirul.
Sementara itu, Farah akui bahawa dia tertarik dengan sikap Amirul yang bersifat gentleman.
“Seorang lelaki dapat curi hati ibu bapa adalah perkara yang terbaik. Jadi, bagi saya Amirul sudah lakukan dengan baik kerana dia berjaya berjumpa dengan ibu bapa saya.
“Dia tidak pernah putus asa selama tujuh tahun untuk ambil hati mereka.
“Meski ramai lelaki yang cuba untuk mendekati saya, tetapi saya tidak layan kerana di mata saya hanya nampak Amirul seorang sahaja,” kongsi pelakon drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu jujur.
Terdahulu, keduanya ditemui media di Hotel Majestic, Kuala Lumpur menerusi Sidang Media Mahligai Cinta Sidang Media Bersama Farah Nabilah, pagi Rabu.
Sementara itu, Farah,27, bersama bakal suami yang berusia 28 tahun itu difahamkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi iaitu pada 28 Disember untuk sebelah pihak lelaki.
Manakala seminggu sebelum itu, majlis pihak perempuan akan dilangsungkan iaitu pada 21 Disember.
Tarikh 5 Januari 2020 pula turut dipilih bagi meraikan pasangan yang bakal dilangsungkan di Kuala Lumpur.
Amirul merisik bintang cantik itu awal tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyampai radio Zayan, Anas Tahir tidak mampu menyembunyikan keterujaan apabila menerima hadiah istimewa daripada idola, Syeikh Mishary Rashid Alafasy, pengalun suara merdu bacaan suci Al-Quran paling popular ketika ini.
Anas sebelum ini pernah menjadi pemandu kepada lelaki berusia 43 tahun itu ketika kunjungannya ke Malaysia.
Menurut Mawi, Syeikh Mishary menyifatkan Anas sebagai seorang lelaki yang baik dan disayangi.
“Reaction Anas Koq bila terima kejutan dari Syeikh Mishary,” kongsi Mawi.
Satu contoh yang baik dalam memilih idola untuk dijadikan panduan hidup.
Foto : Instagram Mawi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Hairul Azreen tetap dengan pendiriannya untuk tidak kembali ke dunia lakonan meskipun standard industri filem aksi tempatan kini dilihat semakin berkembang ke arah lebih positif.