Sejak kebelakangan ini, beberapa kejadian mempersenda agama dilihat sedikit sebanyak telah menggangu gugat keharmonian masyarakat di negara ini.
Mereka dikatakan tanpa rasa bersalah menjadi isu sensitif sebagai bahan jenaka.
Terbaru, pengacara terkenal, Nabil Ahmad mahu memanfaatkan pengaruhnya sebagai anak seni untuk menyebarluaskan lagi dakwah dan usaha-usaha agama.
Nabil berkata sedemikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok Astro Gempak sewaktu majlis pengenalan personaliti baharu stesen radio Era, baru-baru ini.
“Allah pilih saya untuk buat usaha agama. Kalau baru-baru ini, ada yang mengaku Islam tapi dia nak tunjuk dia keluarga daripada agama, hari ini kita bawa agama masuk ke dalam diri kita.
“Ustaz saya pernah ajar, kalau hari ini kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. Jangan risau, kalau ada seorang nak keluar daripada agama, Setuja orang Allah boleh bawa masuk dalam agama kita,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Dalam pada itu, Nabil turut menyeru kepada semua pihak untuk turut sama mengambil tahu mengenai permasalahan-permasalahan agama yang berlaku di negara kita ini.
“Saya harapkan macam mana media viralkan individu tersebut, kita viralkan juga apa yang berlaku hari ini. Ada satu orang nak cuba nak bawa usaha agama.
“Jangan ingat apa yang jadi ketika ini adalah masalah orang lain. Ini sebenarnya adalah masalah kita semua. Jadi marilah kita sama-sama bantu agama Allah,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum selain turut berharap agar usaha Nabil itu akan sentiasa dipermudahkan.
Ads
“InsyaAllah, Allah bersama dengan orang yang beristiqomah.
“Alhamdulillah Nabil. Semoga ramai yang terbuka pintu hati dia.
“Alhamdulillah, jangan jemu berdakwah Nabil.
“Allahuakbar, teruskan berjuangan Islam Nabil.
Ads
“Allahu, sebak bila mendengarnya,” antara komen-komen netizen di Tik Tok.
Sekadar informasi, Nabil bakal bergandingan bersama Radin dan Azad Jasmin bagi mengendalikan segmen pagi terbaru di Era yang diberi nama 3 pagi Era.
3 Pagi Era akan menggantikan segmen Johara Pagi Era yang sebelum ini dikendalikan oleh trio popular Johan Raja Lawak, Hanif Hamzah dan Ray.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Astro Gempak & Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Uqasha Senrose tidak menyangka menerima kejutan istimewa daripada suaminya, aktor Kamal Adli sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-30 pada 6 Julai lalu.
Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, turut berkongsi menerima hadiah berupa ‘tote bag’ serta sandal berwarna merah jambu daripada jenama mewah antarabangsa itu yang diberikan Kamal kepadanya.
“Mengenali suami saya, dia bukan begitu… maksud saya jenis yang nak deko, kumpulkan ahli family, buat makan-makan. Paling mengejutkan, dia juga tempah kek khas.
“Terima kasih suamiku sayang sampai dua hadiah dengan big deco (decoration) haih,” tulis Uqasha.
Selain itu, Uqasha turut memuat naik video dia sedang ‘unboxing’ hadiah pemberian Kamal sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih di atas ingatan tulus ikhlas suaminya itu.
“Not to show off tapi saya sangat menghargai pemberian suami. Tak kisah berapa harga sekali pun saya tetap akan post kerana effort dan tenaganya (Kamal),” tulis Uqasha lagi.
Kedua-dua hadiah yang diberikan Kamal itu dianggarkan mencecah harga lebih RM11,000 menerusi pemerhatian di laman web jenama mewah tersebut.
Sekadar informasi, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga pada 5 November tahun lalu di Janda Baik, Pahang.
Pasangan ini mula menjalinkan cinta selepas kedua-duanya bergandingan dalam drama bersiri arahan Michael Ang, Setelah Terlafaznya Akad yang ditayangkan pada 2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Memasuki minggu kedua tayangan, filem lokal yang mencetuskan fenomena, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terus mencatatkan jumlah kutipan yang membanggakan apabila berjaya mencecah sebanyak RM53 juta.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagramnya, pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur di atas sambutan hangat yang diterima daripada seluruh peminat filem tempatan.
“Nak buat video ni untuk cakap terima kasih banyak kepada korang yang banyak DM (mesej) saya. Tak dapat buka satu-satu. Tapi saya sangat hargai.
“Filem Mat Kilau hari ni yang ke-13 tayangan. Still showing, still going strong. Setakat ni RM53 juta. Luar biasa guys, kuasa Allah.
“Walaupun hari kerja, still penuh sehingga ke hari ini. Thank you so much guys.
“Filem Malaysia boleh pergi jauh. Allah is the greatest. I love you guys,” katanya.
Untuk rekod, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan Studio Kembara Sdn. Bhd. menelan kos produksi sebanyak RM8 juta.
Filem epik ini mengisahkan perjuangan pahlawan Melayu, Mat Kilau serta rakan-rakannya dalam menentang penjajahan British pada era 1890-an.
Naskhah ini dibintangi ramai pelakon berbakat besar seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Yayan Ruhian, Ali Karimi, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Ellie Suriaty, Mubarak Majid, Farah Ahmad dan Zarina Zainordin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syamsul Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Diana Rafar akui teruja apabila diberikan peluang untuk membantu seorang wanita yang juga merupakan saudara baru untuk memeluk agama Islam.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, proses tersebut difahamkan telah diadakan di kediamannya.
Video berdurasi hampir seminit itu turut memaparkan Diana sedang membimbing wanita tersebut untuk melafazkan kalimah syahadah.
“Mashaallah Jumaat yang berkat Allah hadirkan seorang bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam.
“Subhanallah Allahhuakbar doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah. Amin ya Allah Amin,” tulisnya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon, Zamarul Hisyam ini turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan agar wanita tersebut dapat terus istiqomah dan beriman kepada Allah SWT.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar urusan saudara baharu itu akan sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah untuk hidayah ini. Semoga Allah terus membimbing kamu. Allah memang Maha Penyayang. Tahniah Kak Linda Rafar.
“MashaAllah Tabarakallah Alhamdulillah Yaa Rabb.
“Allahuakbar. MasyaAllah @dianarafar . Bangga dengan kamu sayang.
“Allah Maha Besar. Alhamdulillah syukur.
“Allahuakbar Tahniah sis berjaya tarik satu sahabat memeluk islam. Masyallah Islam itu mudah, Islam itu Indah, Islam itu mulia… Allahuakbar,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 40,000 jumlah tontonan di Instagram.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...