Kalah Di Sabak Bernam, Eizlan Yusof Tak Ambil Hati; “Terima Kasih…”

Share

“Saya tak ‘ambil hati’, walau pun gagal di Sabak Bernam.”

Demikian kata Dato Sri Eizlan Yusof, 51, yang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bertanding di P.092, Eizlan tewas di tangan calon Perikatan Nasional (PN), Kalam Salan yang meraih 17,973 undi sekali gus menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Warga Sabak Bernam sudah pun membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam.

“Saya sudah berusaha dengan kapasiti yang ada dan sangat menghormati keputusan dibuat mereka,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada warga Sabak Bernam atas layanan yang cukup sempurna, selesa dan harmoni walau pun berbeza parti politik dan pendapat selama dua minggu ‘berkampung’ di sini.

Eizlan pada masa sama turut menitipkan pesan kepada wakil rakyat yang telah dipilih agar jangan sia-siakan kepercayaan diberikan mereka kerana ini adalah peluang untuk mereka bekerja untuk rakyat, bukan sebaliknya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN