Kadang-kadang apa yang kita rancang tidak semestinya berjalan dengan lancar kerana mungkin ada perkara yang tidak dapat kita elakkan.

Pelakon popular, Idris Khan menerusi satu sumber berkata dia terpaksa menunda majlis pernikahannya bersama, Sanaa Jeljalane yang sepatunya berlangsung pada 20 Januari ini kerana ingin menghormati permintaan bakal isterinya.

“Bakal kakak ipar saya ini sangat rapat dengan Sanaa. Kalau boleh pada majlis nikah kami dia mahu kakak dia ada. Disebabkan itu, dia minta majlis perkahwinan kami ditunda.

 

“Saya tiada masalah dan menghormati permintaan bakal isteri. Sebelum orang lain mula bertanya dan menimbulkan persoalan, lebih baik saya beritahu dahulu,” katanya kepada Harian Metro.

Kakak Bakal Isteri Baru Bersalin, Idris Khan Tunda Majlis Kahwin

IKLAN

Dalam pada itu, Idris berkata dia masih lagi belum mempunyai tarikh baru untuk majlis pernikahannya.

Terdahulu, Idris juga pernah menunda perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada hujung tahun lalu namun terpaksa menunda kerana proses dokumentasi perlu dilakukan untuk berkahwin dengan wanita warga asing.

IKLAN

Idiris memberitahu lagi, persiapan perkahwinan mereka sudah 70 peratus siap dan mereka hanya membuat satu majlis sahaja.

IKLAN

“Memandangkan keluarga Sanaa tidak besar, kami buat satu majlis saja. Tema pula menggabungkan dua budaya iaitu Melayu dan Maghribi,” katanya.

MH doakan agar segala perancangan Idris dan bakal isteri menuju hari bahagia berjalan lancar dan dipermudahkan.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI