Ads

Kaka Azraff, Rody Kristal Putus Cinta

Akhirnya percintaan Kaka Azraff dan Rody Kristal musnah di tengah jalan apabila pasangan ini  telah pun putus cinta. 

Menurut sumber asal, pasangan ini sudah lama tidak berhubungan antara satu sama lain.  Jika sebelum ini mereka begitu mesra dan turut dilihat pernah dating di Genting Highland namun kini hanya tinggal kenangan.

Kaka Azraff, Rody Kristal Putus Cinta

Malah sewaktu Rody mengerjakan umrah pada bulan Mac lalu, dikatakan juga Kaka tidak kelihatan di lapangan terbang.  Hubungan mereka diam begitu sahaja. 

Kaka Azraff, Rody Kristal Putus Cinta

Ads

MH Online sebelum ini telah menyiarkan cerita mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara mereka yang difahamkan telah lama berkenalan iaitu sejak zaman remaja lagi. 

Hubungan mereka menjadi lebih rapat setelah kedua-duanya terlibat dalam program Duo Star.  Kaka sebagai peserta dan Rody pula sebagai pengarah muzik program tersebut. 

Kaka Azraff, Rody Kristal Putus Cinta

Ads

Ketika hangatnya cerita cinta mereka diperkatakan, Kaka dan Rody juga tidak menafikan bahawa masing-masing sedang mengenali hati budi dan minta didoakan yang baik-baik sahaja.

Namun apakan daya, jodoh bukan di tangan kita. 

Ads

Rody yang dihubungi enggan mengulas lanjut.  Dia sekadar mengesahkan berita tersebut dan reda dengan ketentuanNya. 

Anda mungkin berminat dengan

Bagaimanapun hubungannya dengan Kaka masih baik seperti biasa. 

InsyaALLAH, ada jodoh dengan orang lain.  Move On. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Bella Astillah

Syed Saddiq Kekal Bebas, Bella Astillah Syukur & Bahagia – “Beliau...

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur selepas tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Persekutuan daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.
error: Hello. Cannot.