Datuk Nurulhidayah atau lebih dikenali dengan nama Nurul Zahid merupakan anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru sahaja bergelar isteri buat kali kedua pada bulan Jun lalu bersama jejaka pilihan hatinya Datuk Saiful Nizam Mohd. Yusoff.

Terbaru menerusi akaun Instagram Nurul, beliau ada berkongsi coretan luahan hati di salah satu gambar perkongsiannya.

Gambar itu adalah bersama isteri pertama suami atau lebih mudah untuk dikatakan sebagai madunya.

IKLAN

Dalam perkongsian itu, dia menceritakan tentang hidup berpoligami.

“…tak semua perempuan bernasib baik seperti kami. Ini adalah salah satu memori yg kami rakamkan selepas selesai acara akad nikah sy dan suami, yg pada mulanya utk simpanan peribadi kerana takut disalah mengertikan tentang perkongsian berpoligami. Alhamdulillah, sy dijodohkan dgn madu atau kakak yang ikhlas dan memahami dan kakak juga bersyukur akan jodohnya dengan sy yg ‘sekepala’ dgnnya. Percaturan Allah sangat hebat.! Sebenarnya peranan suami dalam mendidik isteri amat besar, begitu juga pengalaman diri dan latar belakang keluarga. Tak sabar rasanya utk sy berkongsi perjalanan hidup sy yg mengubah persepsi dlm berkongsi kasih ini. Bila sy sendiri melayari bahtera rumahtangga ini bersama suami dan kakak, tak tercapai dek akal atau tidak pernah terlintas bahawa sy mampu membawa diri dan kasih sayang sejauh ini. Sedikit perkongsian yg sy tidak pernah dedahkan .. Perkara pertama atau ayat pertama yg keluar dari mulut sy bila pertama kali berjumpa kakak ..”Kak, maafkan Nurul sebab berkawan dgn suami akk” (walaupun ketika itu sy dan suami tidak dikategorikan sebagai bercinta / tidak bercinta lagi) .. Ikhlasnya, suami memberitahu kakak niat utk memperisterikan sy dan murninya kakak menerima pelawaan sy utk berjumpa empat mata pd ketika itu. Tidak salah jika antara kita (wanita) terlanjur menyayangi lelaki yg sudah berkahwin tetapi kita perlu BERBAHASA dan tahu bagaimana utk tidak menambah kelukaan pd sebelah pihak yg sudah tersedia lukanya. Kesimpulannya, hormati kasih sayang yg Allah kurniakan dan jangan ‘lokek’ meminta maaf samada wujudnya salah atau tidak. Terima kasih suami, terima kasih kakak kerana sudi menjadikan Nurulhidayah sebahagian daripada hidup kalian. Inshaa Allah, nantikan perkongsian sy lagi. Ingat, ber’bahasa’lah. Ia tidak menjadikan kita miskin malah Allah memberikan kekayaan jiwa pd kita. Inshaa Allah ?,” coretnya panjang lebar.

Sesungguhnya benar apa yang dikatakan oleh Nurul, tidak salah jika ada wanita yang sudah terlanjur menyayangi seorang lelaki yang sudah berkahwin namun sebagai wanita haruslah anda tahu cara untuk tidak mengeruhkan keadaan dengan berbudi bahasa untuk berjumpa pihak di sana agar tidak mengguris hati mereka.

IKLAN

‘Kak Maafkan Nurul Sebab Berkawan Dengan Suami Akak’ – Nurul Zahid

Diharapkan kebahagiaan yang dikecapi oleh Nurul sekeluarga yang dilihat sangat akrab dengan madunya ini boleh menjadi role model buat pasangan poligami yang lain agar terus bahagia dan berkongsi kasih sayang hingga ke jannah.

IKLAN

‘Kak Maafkan Nurul Sebab Berkawan Dengan Suami Akak’ – Nurul Zahid

Semoga keluarga besar mereka ini diberikan keberkatan oleh ALLAH SWT dan terus bahagia sehingga hujung nyawa mereka.

Sumber: Instagram Nurul Zahid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI