“Kak, Kalau Tak Berjaya Kali Ni, It’s Ok! Yang Penting…”- Bapa Zahirah MacWilson Titipkan Doa Khas Buat Anak

Share

Terbaru, bapa kepada aktres, Zahirah MacWilson telah memuat naik sekeping gambar berserta dedikasi doa kepada Zahirah di akaun Instagram miliknya.

“Askm wbt! Kepada semua peminat-peminat saya serta peminat-peminat Zahirah, ribuan terima kasih di atas solongan & kata-kata positif terhadap Zahira!”

“Walau pun saya sendiri tak pernah di calonkan, namun saya berharap & berdoa agar Zahirah berjaya meraih apa saja anugerah di mlm Anugerah Meletop nanti, in’shaa Allah!”

“Kak, kalau tak berjaya kali ni, it’s ok! It’s the participation, yg penting, good luck & lots of luv from your papa” tulisnya.

Ayah kepada pelakon Jangan Benci Cintaku itu telah berkongsi rasa dan memberi kata-kata semangat kepada Zahirah untuk supaya terus berusaha sehingga berjaya dalam bidang yang diceburi.

Malah, Zainol Johari MacWilson turut mendoakan agar anaknya akan memenangi apa saja anugerah di malam Anugerah MeleTOP nanti.

Lalu, netizen memuji sikap ayah Zahirah yang bersikap penyayang dan ‘supportive’.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut mendoakan kejayaan Zahirah.

Semoga Zahirah berjaya meraih anugerah di malam Anugerah MeleTOP nanti.

Untuk rekod, Foto : Instagram Zainol MacWilson

IKLAN