Penyanyi irama Malaysia dan etnik kreatif, Noraniza Idris, tampil meneruskan komitmennya sebagai usahawan dengan menganjurkan sebuah kempen istimewa buat para pembeli produk keluarannya, Murukku Che Ani Premium.

Kempen #RezekiCheAni yang kini berlangsung di semua cawangan MYDIN menyaksikan Noraniza, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, bakal menghadiahkan baucar tunai bernilai keseluruhan RM20,000 kepada pembeli bertuah.

“Insya-Allah, dalam rezeki yang saya terima, ada rezeki orang lain.

“Saya percaya setiap sen yang kita kongsikan dengan ikhlas, walaupun kecil, mampu memberi makna besar kepada orang lain,” katanya.

Ads

Penghargaan Kepada Pembeli

Menurut Kak Ani, kempen ini bukan hanya sekadar memberi ganjaran, malah sebagai salah satu bentuk tanggungjawab sosial dan tanda penghargaan kepada pelanggan yang menyokong produk warisan tempatan.

“Kempen ini bukan sekadar memberi hadiah, tetapi sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang menyokong usaha saya dalam memperkenalkan produk warisan seperti Murukku Che Ani Premium.

Saya harap kempen ini dapat membawa senyuman dan semangat berkongsi dalam masyarakat kita, terutamanya dalam suasana yang mencabar sekarang,” katanya lagi.

Ads

Kempen ini menyasarkan untuk mencetuskan kegembiraan di kalangan pembeli menerusi kejutan hadiah baucar yang tersembunyi di dalam pek produk.

Peluang Menang RM500 

Sebanyak baucar tunai bernilai RM10, RM50 dan RM500 dimasukkan secara rawak ke dalam pek Murukku Che Ani Premium terpilih. Pelanggan hanya perlu membeli pek produk tersebut di mana-mana cawangan MYDIN dan mencari baucar bertuah di dalamnya.

Untuk menebus hadiah, pemenang perlu merakam video pendek di TikTok dengan ucapan “Saya menang! TQ Che Ani…!” dan tag akaun rasmi @cheanipremium.

Ads

Pihak Che Ani Premium akan menghubungi pemenang untuk penyerahan hadiah secara langsung dan ia hadir dalam jumlah terhad.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI