“Kak Ani Gelak Je Baca Komen Netizen. Kelakar Sangat, Seronok Baca,” – Noraniza Idris

Share

Penyanyi senior, Noraniza Idris ada memberikan reaksi terhadap komen-komen yang ditinggalkan pengguna media sosial.

Meski pelbagai reaksi diberikan, bintang program hiburan, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini tetap berterima kasih atas segala pandangan yang diberikan.

“Kak Ani gelak je baca komen netizen. Kelakar sgt, seronok baca. Thank you sgt2 tau sbb korang begitu ambil berat, begitu sibuk memerhati & byk masa memberi komen & menjuri.

“Walaupun tak profesional, tapi oklah komen korang, Kak Ani suka jugak utk hilang2 stress kt #GV7 ni.

“Teruskan lagi please,” kongsi penyanyi Dikir Puteri ini sambil disusuli dengan kredit.

Terdahulu menerusi saingan minggu ketujuh GV7 Ahad lalu, Noraniza membawakan lagu Canggung yang dipopularkan oleh Wany Hasrita.

Noraniza turut menerima Anugerah Next Level Digi Ahad lalu.

IKLAN