“Kain Batik Aku Jugak Yang Dia Bedal”- Hindustan Punya Pasal, Aeril Zafrel Gigih Pakai Kain Batik Bini!

Share

Terbaru pelakon Wawa Zainal telah memuat naik satu video ketika Aeril sedang menari lagu hindustan sambil dia memakai kain batik Wawa.

“kain batik aku jugak yg dia bedal,” tulisnya.

Bukan main seronok lagi Aeril menari walaupun berkain batik Wawa.

Lantas, netizen telah memberi komen kerana terhibur melihat gelagat pasangan ini didalam video tersebut kerana sangat kelakar.

Bukan sahaja kelakar, netizen juga turut merasakan pasangan ini sangat comel.

Alahai, sakan ya apabila Aeril menari lagu Hindustan sambil memakai kain batik si isteri. Bukan main sweet lagi mereka ni.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Ahmad Fakhruddin Attar, 5 tahun dan Hayla Maghfiratul Adzkiyya , 3 tahun.

Video : Instagram Wawa Zainal

IKLAN