Mereka yang mengikuti filem Transformer tentu mengingati karakter salah satu autobot berwarna kuning atau dikenali sebagai Bumblebee.
Kalau dalam filem asal, Bumblebee merupakan robot pertama yang berhubung dengan manusia sebelum ketuanya, Optimus Prime muncul di muka bumi.
Kini dalam satu filem ‘spin-off’ yang fokus pada watak Bumblebee, penonton akan dapat kenali lebih rapat dengan karakter Bumblebee.
Filem ini berlatarkan tahun 1987, Charlie, seorang gadis berusia 18 tahun, terjumpa Bumblebee yang rosak tersorok di kedai potong di pantai California. Dia kemudian menyedari bahawa kereta itu bukan Volkswagen Beetle biasa.
Apa-apapun, MH ingin kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Bumblebee yang boleh didapati di dalam filem ini.
1. Diarahkan oleh Travis Knight.
Dia dikenali sebagai anak kepada pengasas Nike iaitu Phil Knight. Dalam pada itu, filem debut arahannya, Kubo And The Two Strings membolehkan dia memenangi dua anugerah Academi dan Bafta untuk kategori animasi.
Ini merupakan arahan pertamanya dalam filem ‘live-action’.
2. Latar Belakang Filem Pada Tahun 80-an
Selalunya kalau dalam filem Transformer sebelum ini menyaksikan latar belakang filem adalah pada masa itu.
Tapi, buat pertama kalinya, filem ini membawa penonton pulang pada tahun 80-an. Tentunya ia agak mengamit nostalgia lama.
3. Persoalan Mana Hilangnya Suara Bumblebee Terjawab
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Bumblebee atau nama timangannya, Bee hilang keupayaan untuk berkata-kata malah ia adalah kesan kekal.
Ia disebabkan oleh Megatron yang merosakkan kotak suaranya.
4. Disebalik Robot Yang Ganas, Bumblebee Umpama Kanak-Kanak
Waktu ini, penonton dapat melihat sikap Bee yang seumpama kanak-kanak kecil apabila dia berinteraksi dengan Charlie Watson dan juga bagaimana kasih-sayang yang wujud antara kedua-dua karakter ini.
5. Pertama Kali Gandingan John Cena dan Hailee Steinfeld
Kalau tengok teraju utamanya iaitu ahli gusti, John Cena dan juga penyanyi dan pelakon, Hailee Steinfeld pun dah tahu ia akan jadi filem yang vass gitu.
Malah, pengkritik filem juga turut memuji lakonan kedua-dua mereka. Aktor lain yang turut ada dalam filem ini adalah Jorge Lendeborg Jr. dan Jason Drucker
Sumber: Cinemaworld
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Sharifah Sakinah dikenali sebagai antara rakan baik pelakon lelaki meningkat naik, Aiman Hakim Ridza.
Malah hubungan yang dibina sejak beberapa tahun itu terus baik sehingga ke hari ini.
Malah, pelakon wanita itu pernah memberikan pandangannya sendiri apabila ada isu melibatkan rakan baiknya itu.
Terbaru, Sakinah ada ‘kantoikan’ tangan misteri yang dimuat naik di akaun TikTok milik Zahirah beberapa hari lalu.
Ketika bertemunya di majlis pelancaran single sulung artis baru Soll Ahmadd baru-baru, MH ada bertanya ringkas kepada Sakinah.
Sama ada benar atau tidak kisah cinta yang dijalin antara Aiman dan Zahirah itu sesuatu yang jujur atau sengaja dibuat-buat untuk gimik.
Sakinah dengan selamba menjawab;
“Mereka jujur. Aku restu,” kata Sakinah ringkas.
Terdahulu, kisah cinta yang terjalin di antara dua pelakon berkenaan mulai diperkatakan netizen apabila masing-masing mulai memuat naik gambar berdua, beberapa minggu lalu.
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...