Penyanyi, Indah Ruhaila akui ada ketika bukan satu hal mudah baginya untuk membicarakan mengenai soal zuriat lebih-lebih selepas usia perkahwinannya kini telah mencecah hampir lima tahun.
Bagaimanapun, Indah tetap percaya dengan perancangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Saya memang kerap kali ditanyakan mengenai soal zuriat ini. Saya memang mahukan zuriat. Setiap pasangan suami isteri mengharapkan untuk punyai zuriat.
“Cuma sekarang ini masih belum ada rezeki untuk saya dan suami walaupun sudah lima tahun berkahwin.
“Bagi orang lain, perkara-perkara seperti mungkin mudah sahaja untuk dijawab tapi bila kita duduk sorang-sorang, barulah terfikir agak susah juga untuk kita berikan jawapan.
“Kadang-kadang saya terfikir, bila kita takda anak ni, nanti dah tua siapa nak jaga kita? Bagaimanapun, saya tidak mahu fikirkan perkara yang tidak baik tentang perancangan Allah SWT sebab dia tahu bilakah waktu yang tepat,” katanya kepada MH.
Ads
Pada masa sama, bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim ke-10 ini juga tidak mahu metelakkan sebarang tekanan terhadap dirinya berkaitan soal zuriat ini.
“Saya rasa ramai juga pasangan di luar sana walaupun sudah bertahun-tahun tiada anak dan jalani prosedur IVF, rezeki mereka tetap tiada lagi. Itu semua kuasa Tuhan.
“Jadi, saya tidak mahu memberikan tekanan terhadap diri saya sendiri. Kalau ada orang tanya pun, saya akan jawab saya tidak tertekan. Suami saya pun begitu juga. Dia pun percaya bila dah sampai waktunya, rezeki mesti ada,” ujarnya lagi.
Ads
Ketika ditanya adakah dia sudah memutuskan untuk menjalani prosedur In vitro fertilization (IVF) dalam masa terdekat, Indah memberitahu, dia masih lagi mahu mencuba untuk hamil secara normal.
“Saya rasa fasa saya ini masih baru lagi kalau nak buat rawatan kehamilan ini. Lima tahun ini masih baru lagi sebenarnya. Saya masih lagi nak mencuba secara natural.
“Umur saya pun bukannya tua sangat. Saya masih ada lagi kudrat,” akhirinya.
Sekadar informasi, Indah mendirikan rumah tangga bersama suami, Ahmad Shariff Ahmad Taufiq pada tanggal 24 Disember 2017.
Ads
Terdahulu, Indah baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul All My Heart.
Menurut Indah, lagu ini ternyata menampilkan sisi lain kekuatan vokalnya yang sebelum ini sinonim dengan lagu-lagu bernada tinggi.
Karya ini merupakan lagu hasil ciptaan komposer terkenal Ajai dan lirik ditulis oleh STR4WBERICHA.
All My Heart kini sudah boleh didengari di seluruh platform media sosial manakala muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Indigital Music.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Indah Ruhaila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh dan pelakon, Noreen Iman berkongsi beberapa foto kandidnya ketika melakukan aksi ‘runway’ di acara Kuala Lumpur Fesyen Week 2022 (KLFW22) di Pavilion, Kuala Lumpur minggu lalu.
Menjadi antara barisan ‘muse’ untuk koleksi Neostalgia bagi label fesyen Neonate, Noreen secara seloroh menulis kapsyen humor buat tatapan peminat di Instagram.
“Catwalk Norreen. Bukan buat show (emoji menari). Plussize tak plussize, kita enjoy. Walaupun paha berlaga berirama music jedag jedug,” tulisnya disusuli kapsyen.
Sementara itu menerusi hantaran sebelumnya, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan terhadapnya melakukan peragaan menerusi program fesyen tahunan itu.
Pelakon drama Ash & Aish itu pada masa sama menzahirkan rasa terujanya apabila berpeluang buat ‘catwalk’ bersama idolanya, Datuk Aznil Nawawi yang turut menjadi ‘muse’
“Walaupun berjalan seperti muatan terlebih harus ikut lorong kiri, but me just vibing with the song, with the people who attended to the show who cheered up for me.
“THANK YOU GUYS! I love the moment, the experience. IT WAS THE LONGEST WALK IVE EVER DID IN MY LIFE HAHA.
“I never thought @karlshafek and the team @neonate.company made such a lovely dress for a plus size woman like me. So comfortable, no doubt. Baju dia memang tutup aib kita MAK LOVE!
“The best part was, i get to walk with PAKNIL @aznilnawawihm! She nervous dapat walk dengan idol kita.
“P/s : aku bukan model ye, mana tau orang pelik asal aku jalan happy-happy gitu. Maklumlah, peha kita ni berlaga, kang kalau catwalk lebih, takut bergesek berapi pulak peha den haha,” tulisnya lagi.
Pelakon Ako Mustapha kini dirawat di zon merah kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan ketiadaan insulin dalam badan.
Perkara itu dikongsikan isterinya, Kartina Shuaib yang berkata, Ako terpaksa dikejarkan ke HKL akibat saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Menurutnya, dia tidak mengetahui Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 51, tidak mengambil ubat kencing manisnya sepanjang dia bekerja di luar kawasan selama seminggu.
“Ako tinggal bersama anak-anak dan bekerja seperti biasa. Tapi saya tidak tahu yang dia tidak mengambil ubat kencing manis bila saya tiada.
“Apabila saya tiba di rumah, saya lihat wajahnya sudah lain macam. Dia memaklumkan baru muntah selepas minum air dan sup. Apa sahaja yang masuk ke dalam perut akan keluar balik.
“Saya nasihatkan untuk segera ke hospital, tetapi dia enggan. Muka dia pun dah mula senget menyebabkan saya terus hubungi ambulan selepas itu,” katanya.
Bagaimanapun, Kartina menegaskan Ako tidak berdepan penyakit strok.
Tambahnya, Ako akan dipantau selama 24 jam dengan harapan setiap yang dimasukkan ke dalam badannya tidak ditolak keluar.
“Doktor kata bukan strok tetapi sebab tiada insulin dalam badan. Doktor beri dia enam liter air, glukosa beserta insulin.
Berkongsi perkembangan terkini, Kartina berkata, Ako kini sudah boleh membuka mulut dan bertutur, cuma keadaannya masih lemah.
“Pernafasannya lemah dan kuantiti oksigen juga menurun. Tetapi doktor di HKL pantas melakukan kerja. Sekejap saja pulih dan Ako dah boleh buka mata dan senyum.
“Sekarang dia dipindah ke wad isolasi yang tidak membenarkan sesiapa melawat,” katanya.
Ako berkahwin dengan Kartina pada 17 Januari 2009 dan pasangan itu mempunyai empat orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ako Mustapha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Ben Amir tampil mendedahkan punca yang menyebabkan dia terpaksa melalui prosedur pembedahan seperti yang dikongsikannya menerusi laman sosial miliknya sebelum ini.
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 32, dia hampir buta di bahagian mata sebelah kiri gara-gara terlibat dengan kemalangan pada bulan Jun lalu.
Dalam muat naik video terbaharu di laman Instagram dan TikTok miliknya, Ben berkongsikan video proses pemulihannya termasuk gambar mata kirinya yang cedera teruk.
“Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta… kemalangan yang mengubah pandangan saya mengenai kehidupan.
“Proses pemulihan yang sangat sukar daripada segi mental dan fizial. Saya sangat tertekan dan lemah,” tulisnya.
Selepas menjalani proses pembedahan pada pertengahan Jun lalu, Ben berkata dia kini sudah semakin beransur pulih daripada kecederaan tersebut.
“Hari ini keadaan saya bertambah baik dan saya berasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya.
“Terima kasih kepada semua orang yang sentiasa berada di sisi ketika saya di tahap paling bawah. Sekarang adalah masa untuk saya maju ke hadapan dan berkembang,” tulis Ben lagi.
Terdahulu, Ben berkongsi dirinya berada di hospital dan menjalani pembedahan di bahagian mata tanpa berkongsi puncanya kepada umum.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Ben Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.