“Ambil masa setahun untuk disiapkan dan fabriknya diimport daripada United Kingdom.”
Demikian kata usahawan yang juga pengasas Bawal Exclusive, Puan Haliza Maysuri yang menjadi sorotan selepas tampil anggun menggayakan persalinan mewah berharga RM250,000 ilham Rizalman Couture yang bertakhtakan 83,900 butir Swarovski.
Haliza mengenakan persalinan tersebut ketika menghadiri majlis makan malam bagi meraikan ulang tahun ke-25 jenama tudung premium itu di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.
Jelasnya lagi, ia mengambil masa lama untuk disiapkan kerana dijahit tangan selain pernah terfikir untuk mencari pereka Turki bagi merealisasi impiannya itu.
“Ia dijahit satu persatu. Sebenarnya sebelum berjumpa Rizalman, saya sudah mencari beberapa pereka fesyen di Turki, tetapi agak sukar kerana perlu fitting, perlu ulang alik dan sebagainya.
“Jadi, saya rasa pereka fesyen yang dapat memenuhi kehendak saya ialah Rizalman. Saya sangat yakin akan kebolehan beliau dan inilah hasilnya. Alhamdulillah saya teruja, sangat berpuas hati apatah lagi suami.
“Harganya… Kalau saya sebut tak riak kan? Kalau boleh saya sebutkan di sini, harganya RM250,000. Tapi alhamdulillah saya puas hati. Apalah sangat, kita saling menyokong sesama usahawan di Malaysia.
Ads
“Mengapa tidak? Kalau ada orang kita yang mampu beli gaun jenama daripada Eropah misalnya yang berharga puluhan ribu, saya pula lebih bangga dan suka untuk memiliki busana pada harga sama yang dihasilkan oleh pereka tempatan kita yang tak kurang hebat,” katanya.
Sesuai dengan pembawaan jenama berkenaan yang eksklusif, majlis ulang tahun itu mengambil tema Magnificent Century yang berlatar belakangkan sejarah kerajaan Utmaniah.
Tema berkenaan dipilih sendiri Haliza yang cukup kagumi peninggalan sejarah kerajaan yang diterajui golongan islam. Beliau cukup teruja dan menjadikan kisah ini sebagai satu inspirasi dalam kehidupan seharian.
Majlis sama turut melakukan sesi bidaan untuk rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur dan khas dibuat sempena ulang tahun ini sahaja dan hasil jualan akan disalurkan Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society).
Turut diperagakan termasuk koleksi yang direka khas berharga antara RM10,000 sehingga RM150,000.00.
Ads
Sejak penubuhannya, Bawal Exclusive secara berterusan berjaya melonjakkan sempadan, mentakrifkan trend baharu dan memikat peminat fesyen di seluruh dunia seterusnya diktiraf di lebih 5 buah negara.
Ia juga cukup terkenal dari aspek ketukangan yang luar biasa, memberi tumpuan terhadap perincian dan komitmen terhadap kualiti.
Demi menjaga kepentingan tanggungjawab, jenama ini akan terus berusaha untuk meminimumkan kesan alam sekitar, memastikan keindahan fesyen dapat dinikmati untuk generasi akan datang.
Penyanyi terkenal, Ella turut diundang membuat persembahan pada malam pernuh makna itu dengan menyanyikan empat buah lagu hitsnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pentas akhir All Star Gegar Vaganza dibuka dengan persembahan daripada Juara Gegar Vaganza musim ke-6, Hady Mirza.
Menerusi persembahan tugasan pertama ini, Hady menyanyikan lagu Making Love Out Of Nothing At All nyanyian asal Air Suply.
Sejurus persembahan, Datuk Ramli MS tidak memberikan komen mengenai sisi teknikal nyanyian, sebaliknya meminta Hady supaya terus persembahan terbaik untuk baki dua tugasan lagi.
“Saya tak mahu komen soal teknikal. Awak ada dua lagu lagi. Jadi, full throttle untuk dua lagu lagi Itu saja yang boleh saya cakap,” komen Ramli MS.
Terdahulu, Hadi bakal membawakan dua buah lagu lagi iaitu Ikhlas Tapi Jauh dan Sorry, Sorry.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Afgan teruja apabila bakal menjayakan konsert bersama orkestra Malaysia buat kali pertama di negara ini, pada esok.
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza berkata, dia memang mahu membuat persembahan istimewa bersama orkestra tempatan kali ini menerusi konsert Afgan Live In Concert With Orchestra di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur .
“Saya sudah beberapa kali menjayakan konsert di sini dan untuk edisi kali ini memang saya minta supaya ia membabitkan orkestra sebagai pemuzik saya.
“Lebih istimewa ini juga julung kalinya saya diiriingi pemuzik daripada Malaysia dan saya tidak sabar menjayakannya,” katanya dalam sesi bersama media di sini hari ini.
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
“Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka bila bertemu tadi, walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya mereka sudah bisa memainkan dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Afgan dijangka membawakan 25 buah lagu termasuk lagu nyanyi penyanyi tempatan yang masih dirahsiakan.
Untuk edisi kali ini, dia juga bakal berduet dengan rakan senegaranya Raisa berjudul Percayalah di hadapan kira-kira 3,000 penonton yang dijangka hadir menonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi 80-an, Ibnor Riza dilaporkan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang hari ini, di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur.
Pemergian Allahyarham Ibnor telah disahkan oleh rakan artis, Datin Salwa Abd. Rahman menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Sahabatku sudah tiada. Semoga arwah tenang dan damai di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, tulisnya.
Rakan artis dan peminat turut berkongsi dan memberikan penghormatan terakhir buat arwah menerusi media sosial masing-masing
Menurut isteri Ibnor Sarimah Sulaiman,51, jenazah akan dikebumikan di Negeri Sembilan.
Terdahulu, pada 2 Disember lalu, Ibnor menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kanan kepala susulan kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke otak.
Ibnor bagaimanapun tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan.
Kemudian, dia sekali lagi menjalani pembedahan susulan kerana ada pendarahan pada bahagian kepalanya Rabu lalu.
Keadaan Ibnor juga masih sama malah Sarimah ketika dihubungi memaklumkan suaminya berada dalam keadaan kritikal.
Imbas kembali, Ibnor mulakan kejaya seninya sejak 1984 dengan menyertai pertandingan Bintang RTM.
Antara lagu popular Allahyarham termasuklah Mimpi Yang Tak Sudah dan Berdiri Seorang Perindu yang kekal malar segar hingga kini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...