Sweet sungguh ucapan yang disampaikan pelakon, Betty Rahmad,36, terhadap suaminya, Ardy Damis,31 menerusi instagramnya baru-baru ini. Kata aktres yang juga merupakan adik bongsu kepada pengarah Erma Fatima dan Umie Aida ini, pada awalnya dia merasakan soal perkahwinan bukanlah sesuatu yang diangankan sebelum ini kerana sudah biasa dengan kehidupan sendiri bersama keluarga.

“Bismillahirrahmanirrahim. Perkahwinan tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya. Bukan tak percaya. Mungkin terlalu selesa hidup sendiri dan dengan keluarga. No fairytales wedding, no dream wedding dress, no feeling princess, no kek 15 tingkat. Tak pernah berangan,” tulisnya.

Bagaimanapun, pendiriannya berubah selepas berhadapan dengan konflik cinta bersama suaminya itu lalu memohon petunjuk dari-NYA.

“I Just Love The New Version Of You After You Khatam Al-Quran.” – Reaksi Cinta Betty Terhadap Suami

IKLAN

“Pendirian saya berubah sekelip mata bila kali terakhir kami putus dan saya solat Istikharah dan doa saya ‘Ya ALLAH, kalau dia bukan jodoh aku, tolong jauhkan dia dari hidup aku dan tenangkan hati aku’ (sebab dah penat couple break couple break). Tapi dengan kuasa-Nya, makin hari makin rindu, makin rasa perlu, incomplete, serba tak kena dan terdetik setiap kesilapan dan kekurangan diri saya.

 

“Lepas tu saya jumpa dan minta maaf kat dia buat pertama kali sepanjang empat tahun bercinta. Ego and hati kering, dua bulan selepas itu saya dilamar and I said YES!.. (dulu keje I buat pekak bila dia nak cakap pasal kahwin),” tulisnya.

Lebih istimewa, Betty turut berkongsi dia marakamkan rasa syukur atas kesabaran suami selain mula mencintainya selepas Ardy khatam al-Quran.

“Thank you @ardydamis, tak pernah give up dengan I. Banyak bersabar dengan I (I pun banyak sabar dengan U tau).

 

“I just love the new version of you after you khatam Al-Quran. Totally opposite dari Damis yang dulu. Dan syukur tak pernah sekali pun U mengeluh atau merungut dengan permintaan ‘hantaran’ itu.

 

“Memang saya tidak berhijab, tidak layak terima ‘mahar’ itu seperti yang dipertikaikan. Tapi saya yakin saya perlu ketua keluarga yang boleh membimbing saya untuk jadi lebih baik,” tulis Betty yang turut mengucapkan terima kasih buat keluarga yang selama ini banyak membantu.

 

“Terima kasih @ermafatima untuk permintaan ini dan keluarga kerana tidak pernah mendidik saya memilih pasangan hidup berdasarkan pangkat, darjat ataupun harta. Usaha dan cinta itu lebih bernilai dari wang ringgit. Together we will grow stronger and better my suami. Insya-ALLAH. Jangan berhenti doakan kami. Love you husband @ardydamis,” kata Betty yang ditulis di IG sambil disertai tanda palang  #bettyanddamis.

“I Just Love The New Version Of You After You Khatam Al-Quran.” – Reaksi Cinta Betty Terhadap Suami

IKLAN

Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 80,000 kali dengan ratusan komen peminat yang rata-ratanya terharu atas kenyataan yang dibuat Betty.

Terdahulu, pasangan ini telah dinikahkan Imam Masjid Al-Makmuriah, Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Samat dengan sekali lafaz di Glamhall, Damansara Perdana  jam 8.47 malam pada 4 Februari lalu. Tahniah korang!

IKLAN

Foto: Instagram Betty

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI