Pelawak Achey dan Nabil Ahmad memberi sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Makmal Penyelidikan Kanser Universiti Putra Malaysia – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) (CANRES).
Sumbangan tersebut disumbangkan bersempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut pada Oktober setiap tahun.
Menurut Achey, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat hasil kerjasamanya bersama syarikat pengeluar minyak wangi, SugarBomb.
“Asalnya idea untuk buat CSR ini tercetus daripada Nabil sendiri.
“Bila saya tahu sumbangan itu untuk disalurkan untuk kegunaan penyelidikan kanser payudara, saya terus bersetuju memandangkan ahli keluarga sendiri pernah menghidap kanser tersebut,” katanya
Achey berkata demikian ketika ditemui sewaktu sewaktu majlis penyerahan sumbangan cek kepada CANRES.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Besar SugarBomb, Kanumbu Agussalim dan Pengarah Institut Biosains UPM, Prof. Dr. Zunita Zakaria.
Bagaimanapun, Nabil tidak dapat hadir pada majlis itu atas sebab-sebab yang tidak dielakkan.
Katanya lagi, dia juga berharap dengan sumbangan ia sedikit sebanyak dapat memperkasakan kajian mengenai penyakit yang menjadi pembunuh senyap khususnya dalam kalangan wanita.
“Saya tahu lelaki juga berisiko untuk dapat penyakit kanser payudara, tapi kesedaran tak sampai kepada masyarakat.
“Sebenarnya peratusan risiko menghidap kanser sama sahaja tanpa mengira jantina,” katanya.
Kesemua sumbangan itu merupakan hasil sebahagian jualan daripada produk Sugarbomb X Achey dan Edisi Sugarbomb X LuP’K.
Sebagai info, Bukan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia disambut setiap tahun pada bulan Oktober dan turut dinamakan sebagai ‘Pink Oktober’.
Sambutan tersebut bagi memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai kanser payudara di persada dunia.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selamat bersalin Jumaat lalu, pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Fazura akhirnya berkongsi foto bayi perempuan mereka.
Perkongsian tersebut dimuat naik dua bintang ini menerusi Insta Stories genap seminggu kelahiran.
Video pendek Fazura bersama puteri sulungnya itu turut dikongsikan menerusi akaun @fattzuralovelife.
Sambil mendedahkan nama anak, pasangan ini turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
“Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2hb Oktober 2020.
“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.
“Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat pada Aunties and Uncles semua. Terima kasih!
“Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila Daddy dan Mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah.. Love, Fatima. XoXo,” tulis kapsyen pada posting berkenaan.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton hampir 50,000 selepas kira-kira sejam ia dimuat naik.
Pengerusi Lembaga Pengarah Karangkraf Medicare, Tuan Haji Datuk Hussamuddin Yaacub telah memperkenalkan pelitup muka Karangkraf & Karangkraf Plus yang didatangkan dengan sampul kertas khas berfungsi untuk mengekalkan kebersihan pelitup muka dan pengguna.
Selain menjadikan sebagai satu perniagaan, Hussamuddin memberitahu ini merupakan satu insiatif pihak Karangkraf Medicare untuk membantu masyarakat menangani penularan wabak Covid-19.
“Ini merupakan satu usaha baru Karangkraf untuk membantu masyarakat kerana jika kita lihat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu, pelitup muka dijual dengan harga yang agak mahal, dan tidak menjamin dari segi keselamatan mahupun kebersihan.
“Tetapi dengan pelitup muka Karangkraf dan Karangkraf Plus ianya dijamin selamat untuk digunakan serta suci dan bersih kerana diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi.
“Jadi saya terpanggil untuk hasilkan pelitup muka bersama ‘Hygiene Case’ ini kerana saya rasa penting untuk kita pakai pelitup muka yang selamat dan berkualiti, supaya dapat melindungi diri kita daripada terkena wabak Covid-19.
“Mungkin kita nampak macam ‘Hygiene Case’ seperti sampul kertas biasa tetapi dengan adanya bekas ini sekurang-kurangnya pelitup muka kita kekal bersih dan selamat untuk diguna pakai,” katanya.
Buka itu sahaja, pelitup muka ini mempunyai pelbagai kelebihan dan keistimewaan seperti;
-Mengunakan material anti bakteria dan berupaya untuk menapis kuman sehingga 98%.
-Berupaya untuk menapis zarah-zarah halus lebih daripada 95%.
-Mempunyai 3 lapisan unik dan memberi keselesaan untuk bernafas.
-Megunakan material yang berkualiti tinggi.
-Selamat, suci dan bersih untuk digunakan.
-Buatan Malaysia.
Menariknya, ‘Hygiene Case’ terdapat 6 corak variasi yang sangat menawan dan menarik.
Untuk maklumat, pelitup muka Karangkraf Plus mempunyai 10 keping disertakan bersama 10 keping ‘Hygiene Case’ dan dijual dengan harga RM10.
Manakala pelitup muka Karangkraf mempunyai 30 keping pelitup muka dan dijual dengan harga RM30.
Bagi yang ingin mendapat pelitup muka istimewa ini anda boleh membelinya di laman sesawang www.karangkrafmall.com atau di aplikasi Whatsapp, 019-2297227.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, menyifatkan kehadiran cahaya matanya, Khalisa Insyirah, sebagai anugerah yang membawa sinar kebahagiaan dalam kehidupannya bersama isteri.