Pelawak Ali Puteh mendedahkan dia tidak lagi ada kena mengena dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta pada April 2022.

Menurut Ali Puteh, keputusan tersebut dibuat kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan syarikat berkenaan terutamanya membabitkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli.

“Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.

“Jujurnya saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya,” katanya.

Ali, 33, yang juga juri lokasi untuk siri jelajah Awesome Raja Lawak kesal kerana sudah memberikan sepenuh komitmen selaku duta namun tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.

Tambah Ali, dia melepaskan beberapa tawaran bernilai puluhan ribu kerana mahu menumpukan perhatian sebagai duta dan usahawan ayam bersama syarikat itu seperti yang diminta.

IKLAN

“Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.

“Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul,” katanya.

“Jujurnya Saya Juga Kecewa…,” – Ali Puteh Perjelas Tiada Lagi Kena Mengena Dengan Syarikat Pembekal Ayam “Jujurnya Saya Juga Kecewa…,” – Ali Puteh Perjelas Tiada Lagi Kena Mengena Dengan Syarikat Pembekal Ayam

IKLAN

Ali berkata dia juga mempunyai kontrak sah dengan syarikat berkenaan dan sudah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan namun tiada jalan penyelesaian.

Malangnya, Ali menambah dia tidak merima sebarang bayaran dan faedah sepanjang bergelar duta meskipun sudah melakukan beberapa komitmen.

“Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.

IKLAN

“Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.

“Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/v6EO1hetoCo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI