Siapa sangka selepas setahun bertunang, aktor Remy Ishak akui masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Ini kerana dia masih lagi bekerja keras untuk mengumpul duit bagi memastikan segala persiapan kahwinnya nanti berjalan lancar.
“Jujurnya kami berdua belum bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan mengambil tempoh bertunang ini untuk betul-betul memahami pasangan.
“Perancangan asal pun bertunang selama dua tahun jadi masih ada masa…sekarang pun kami berdua sangat sibuk dengan pelbagai komitmen,” katanya seperti yang dipetik Mstar.
Remy atau nama penuhnya, Mohamad Zalimei Ishak, bersama wanita pilihan, Roszaliza Yusof atau Ezza.
Rosliza merupakan pengasas produk kecantikan dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan pada Mei 2017 lalu.
Bagi Remy, inilah cabaran buat mereka kerana dapat melihat sama ada mereka cukup bersedia atau tidak untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Tempoh bertunang inilah kita belajar dan persiapkan diri dan kami berdua tahu masih belum bersedia untuk melangkah kea lam perkahwinan,” ujarnya.
Foto : Carian Google dan Instagram Remy Ishak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI