Peserta dari Perak, Sara atau nama sebenarnya Sara Amelia Muhammad Bernard, 25, muncul juara program berkonsep kuiz, Clever Girl Malaysia (CGM) musim kedua sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.

Sara yang juga Lepasan Asasi Psikologi Ekonomi & Matematik mengenepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Fadila Zuraida Mohd Nor, 25, (Mahasiswi Pendidikan) dari Negeri Sembilan, Hani Nazrina Hanizar, 25, (Usahawan dan Graduan Sains Aktuari) dari Perlis, Shazana Kamarzaman, 24, (Mahasiswi Perubatan) dari Selangor.

Juara Clever Girl Malaysia Musim Kedua

IKLAN

Manakala Fadila diumumkan naib juara menerima wang tunai RM10,000.

IKLAN

Bersiaran secara langsung dari studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, hos Alif Satar membuka tirai pentas akhir CGM dengan persembahan khas lagu berjudul Gemuruh.

IKLAN

Program yang disiarkan sejak 4 Ogos lalu selama 10 minggu diwakili 13 peserta kesemuanya yang mewakili setiap negeri di negara ini dan setiap minggu menyaksikan episod penyingkiran bagi peserta yang mendapat markah terendah.

Malah rancangan itu juga tidak menggunakan sistem undian baik khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun juri profesional, sebaliknya setiap peserta CGM dinilai berdasarkan prestasi dan kebolehan mereka untuk menjawab soalan kuiz berdasarkan kepintaran dan pengetahuan semasa pada hari pertandingan setiap minggu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI