Minggu lalu tular satu berita yang mendakwa rumah tangga penyanyi lagu berunsur ketuhanan, Hafiz Hamidun dengan isterinya, Joy Revfa sedang bergolak.

Rentetan daripada berita yang sedang tular itu, Hafiz memohon semua pihak untuk bersabar menantikan kenyataan daripadanya. Bekas suami Joy juga turut meluahkan rasa sedih dengan berita yang mengatakan rumah tangga pasangan ini sedang bergolak.

Terbaru, menerusi akaun Instagram Joy dia telah memuatnaik satu gambar dan di ruangan kapsyennya dia memohon agar semua orang tidak mendengar cerita dari mana-mana pihak.

“Mohon tak perlu dgr mana2 pihak walaupun keluarga, kawan2 & bekas suami (Ray) berniat utk lindungi & mempertahankan saya.. Saya mohon sekali lagi tak perlu lg ada yang tulis atau dengar anggapan negatif apa2 tentang dia (Hafiz) mahupun saya.. ?? Kerana kuatir lebih mengeruhkan lagi keadaan. Biar lah saja kami umumkan kenyataan rasmi masing2 nanti tentang kami berdua.. kami ingin ianya berlalu dengan apa adanya & tanpa bersengketa.. Harap semua dapat memahami & bawa bertenang.. Biarkan kami menjalani hidup dengan tenang & fokus dgn kerjaya masing2.

 

“Apa yg terjadi biarlah saya & dia (hafiz) saja yg tahu.. Sesungguhnya semua yg terjadi ini adalah ketentuan Allah swt.. Saya hanya mampu bertawakal & berdoa semoga semuanya dipermudahkan.. kita hanya mampu merancang namun semua nya Allah swt yg tentukan.. Let it be & trust the process.

 

“(mohon jgn salah faham juga terhadap keluarga yg ingin melindungi kerana mereka sentiasa bersama saya & merasai sendiri situasi yg saya hadapi..),” tulisnya di ruang kapsyen.

Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Joy itu, jika kita terlalu mendengar cerita yang tidak tentu lagi kebenarannya takut nanti ianya boleh mengeruhkan lagi keadaan.

IKLAN

Joy Revfa Mohon Jangan Dengar Mana-mana Pihak

Biarlah Joy dan Hafiz sahaja yang tahu dan selesaikan masalah yang sedang menimpa mereka sendiri. Kita sebagai orang luar seharusnya mendoakan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini.

IKLAN

Melalui ruang komen, pengikut Joy rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat dirinya.

cik_eila85: moga kuat semangat dan selalu sabar dengan ujianNya.aminn

IKLAN

jamusweetdara_online: Semoga semua nya baik aje…bertabah lah

tabitaskincare_ddsc: Semoga Allah beri kesabaran dan kekuatankepda @joyrevfa dan suami. Mohon pada Allah tunjukan dan beri faham segala hikmah yg ingin diberikan. Keep it up, jgn bersedih. Ape orang nak cakap, pedulikan, jgn makan hati. Sebab manusia mmg suka jaga masalah keluarga orang dari jaga diri sendiri.

farahbeautysupplement: Semoga dipermudahkan Semuanya sis ???

Sumber: Instagram Joy Revfa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI