Sejak kebelakangan ini kecoh tentang pergolakan rumah tangga antaran penyanyi lagu berunsur ketuhanan, Hafiz Hamidun dan isterinya pengasas kosmetik terkenal, Joy Revfa.

Terbaru menurut Sinar Harian, Joy telah memfailkan pembubaran pernikahan pada 18 Ogos yang lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling kerana Hafiz telah meragui pernikahan mereka berdua.

Sebagai seorang isteri, Joy berkata dia mengambil tindakan ini adalah untuk mempertahankan hak dan statusnya sebagai isteri Hafiz yang sah.

Menurut Joy, pada 23 Mei yang lalu Hafiz telah berjumpa dengannya dan berkata bahawa perkahwinan antara mereka berdua tidak sah dan tidak lagi menganggap Joy sebagai isterinya selepas itu.

Ads

“Saya kecewa apabila ada yang memperkatakan status pernikahan kami tidak sah. Perkahwinan terdahulu yang berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia.

 

“Hafiz sedia maklum mengenai perkara itu kerana dia sendiri yang membuat surat pengesahan penceraian,” katanya dipetik Berita Harian Online.

Menurut sumber lagi, Hafiz juga turut dilihat berada di perkarangan mahkamah bagi memfailkan tuntutan yang sama.

Terdahulu, Hafiz pernah berkata bahawa pergolakan yang berlaku bukan berpunca daripada isu rumah tangga namun ada perkara lain.

Kenyataan itu dikeluarkan olehnya di ruangan komen Instagramnya sendiri menerusi satu perkongsiannya yang meminta untuk semua pihak bersabar menantikan penjelasan daripadanya.

Ads

Di ruangan komennya dia menulis,

Ads

“Ini bukan isu rumah tangga, ada isu lain yang akan diperjelaskan. So harap semua sabar ya. Saya akan bagi statement tak lama lagi,” tulisnya di ruangan komen.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI