Johan As’ari Payung Wajah Kekasih? Wah! Cantiknya…

Share

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Johan As’ari memperkenalkan wanita dalam hidupnya di laman Instagram.

Sekeping foto bersama wanita jelita di sisi dengan kapsyen “Wanita terkenal dengan karakter lembut nya, namun itu bukan sebuah kelemahan”

membuatkan netizen terus bermain kata, inikah kekasih hati pelakon Juvana ini.

Tidak berbicara panjang atau memperkenalkan kepada umum, tindakannya itu terus membuatkan netizen berteka-teki.

Malah, sudah ada yang serkap jarang mengatakan wanita di dalam foto yang diambil di persisiran pantai itu bakal isteri Johan.

Apa-apapun, MH ucapkan tahniah untuk Johan As’ari dan pasangan sekiranya telahan ini benar.

Semoga hubungan yang dibina berakhir di jinjang pelamin dan terus ke Jannah.

Foto – Instagram Johan As’ari

IKLAN