Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, Johan As’ari memperkenalkan wanita dalam hidupnya di laman Instagram.
Sekeping foto bersama wanita jelita di sisi dengan kapsyen “Wanita terkenal dengan karakter lembut nya, namun itu bukan sebuah kelemahan” membuatkan netizen terus bermain kata, inikah kekasih hati pelakon Juvana ini.
Nampaknya Farah Lee sudah bertemu pengganti? Semua berlaku apabila dia memuat naik swafoto bersama seorang jejaka yang dikenali sebagai Arthur Rashid.
Bekas isteri kepada Ally Iskandar ini menerusi ruangan kapsyen memohon restu netizen dengan kata-kata “Jadi macam mana ni korang.? Restu ke tak.? #daddybarumatabiru #kenacepat#beforemareamlangkahbendul ? @arthurmilroy
Memiliki tubuh badan yang ideal sememangnya menjadi idaman tidak kira lelaki mahupun wanita.
Terbaru, MH yang mengikuti perkembangan penyanyi remaja, Ismail Izzani, tidak menafikan penyanyi lagu Bidadariku ini kini kelihatan sedikit berbeza.
Menerusi beberapa gambar terbaru yang dimuat naik di laman Instagram juga, ramai pengikutnya yang menyedari Mail kini memiliki tubuh yang kian kekar atau lebih sinomin dengan panggilan ‘sado’.
Transformasi Ismail itu ternyata menerima respon pelbagai dikalangan rakan artis mahupun peminat tegarnya.
Malah, ada juga yang menganggap Ismail kini persis selebriti Korea. Betul ke?
Dalam perkembangan lain, Ismail kini dikatakan sedang rapat bersama instafamous yang juga merupakan adik kepada pengacara, Shalma Aina iaitu Shalma Eliana.
Hubungan mereka ini menjadi buah mulut ramai setelah beberapa kali Ismail memuat naik gambar mereka berdua di laman Instagram miliknya.
“Happy birthday beautiful, just know that I will always be there for you,” tulisnya.
Pengacara program MeleTOP, Neelofa dan Nabil Ahmad membuat pengumuman dengan mengundurkan diri daripada pencalonan Anugerah Meletop 2019 (AME 2019).
Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad.
“Saya sebenarnya ada satu pengumuman penting yang tidak pernah berlaku di dalam MeleTOP sebelum ini.
“Untuk tahun ini, dua ikon yang besar dalam AME iaitu Nabil dan juga Neelofa mengundurkan diri daripada semua kategori yang telah dipertandingan pada awalnya.
“Mereka mengambil keputusan ini secara sukarela untuk mengundurkan diri bagi memberi ruang kepada artis lain untuk bertanding,” katanya yang turut menghormati keputusan dua bintang berkenaan.
Bagaimanapun, Nabil dan Neelofa masih kekal sebagai pengacara pentas AME 2019, bersama Jihan Muse.
Bertemakan Glam, AME 2019 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2019 depan jam 9.00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Acara ini juga boleh diekses menerusi program Live Streaming AME 2019 yang disiarkan menerusi platform digital saluran YouTube MeleTOP, Astro Go, NJOI Now dan On Demand hari sama bermula 8.30 malam.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.