Jodoh ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’… Sabri Yunus & Angeline Tan Kini Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Share

Tahniah diucapkan kepada pelakon senior Sabri Yunus dan Angeline Tan kini sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Berita gembira itu dikongsikan penyampai radio dan pengacara, Issey Fazliham menerusi laman Instagram miliknya, sebentar tadi.

“Selamat pengantin baru Abang Sabri Yunus dan Kak Ardini / Angeline Tan.

“Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga Cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Tumpang gembira, para peminat dan rakan artis turut mendoakan kebahagian dan kesejahteraan buat pasangan yang sinonim menerusi siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu.

Menerusi sitkom berkenaan, masing-masing menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN