Bagi yang mengikuti drama bersiri Syurga Yang Kedua pasti tahu akan jalan ceritanya yang menceritakan tentang kekeluargaan dan poligami dalam rumah tangga.

Pelakon popular, Siti Elizad merupakan salah seorang daripada barisan pelakon dalam drama ini dan dia berkata drama ini berjaya membuka mata banyak pihak terutama golongan wanita berhubung isu poligami.

Menurut sumber, Elizad ditanya sebagai seorang isteri jika dia melalui kehidupan berpoligami seperti dalam drama yang dilakonkan adakah dia bersedia untuk berpoligami.

IKLAN

Jawabnya, dia akan membenarkan suaminya berkahwin lain namun dia mahu dirinya dilepaskan dahulu.

IKLAN

“Jika suami mahu berkahwin lain, saya benarkan. Akan tetapi, dia harus lepaskan saya dahulu. Biarlah suami meneruskan kehidupan dengan isteri baharunya.

 

“Jujurnya, saya tidak cukup kuat untuk mengharungi kehidupan yang dilalui oleh watak Sabrina. Lebih baik saya undur diri,” katanya kepada Utusan Online.

Bagi MH, setiap wanita tidak mahu hidup berpoligami. Tak ada orang yang suka berkongsi apatah lagi berkongsi suami kan?

IKLAN

Apapun kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun ALLAH SWT yang akan menentukan. Doa sahaja yang baik-baik agar rumah tangga kita sentiasa diberkati dan bahagia hingga ke syurga.

Sumber: Utusan Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI