Demi membuktikan komited terhadap kerjaya, Aisyah Aziz adik kepada penyanyi Aliff Aziz memberitahu kepada sebuah portal hiburan tempatan dirinya tidak kisah jika terpaksa berpelukan dengan rakan artis bagi menjayakan satu babak romantis dalam sebuah drama mini untuk single duetnya.

“Jika Ia Melibatkan Hal Berkaitan Kerjaya, Saya Hanya Perlu Jadi Profesional” Aisyah Aziz Jawab Isu Peluk

Menurutnya dia hanya perlu menjadi seseorang yang professional untuk dapatkan hasil terbaik.

“Saya seorang yang friendly dan memang tidak rasa yang berpelukan (dengan bukan muhrim) itu merupakan satu kesalahan. Kalau saya di luar pun memang dengan kawan-kawan kalau berjumpa akan berpeluk sebab saya memang ramah dengan cara sebegitu. Saya hanya menjadi diri sendiri.

 

“Jika ia melibatkan hal berkaitan kerjaya, saya hanya perlu jadi profesional bagi mendapatkan hasil yang terbaik,” lapor Kopiplanet

Aisyah dan penyanyi Indonesia, Rizky Febian digandingkan untuk menjayakan watak pasangan kekasih yang memerlukan mereka melakonkan watak romantis termasuk salah satu adegan terpaksa berpelukan bersama penyanyi itu demi mempromosikan lagu duetnya yang bertajuk Indah Pada Waktu.

Ads

“Jika Ia Melibatkan Hal Berkaitan Kerjaya, Saya Hanya Perlu Jadi Profesional” Aisyah Aziz Jawab Isu Peluk

Apapun MH ucapkan selamat maju jaya kepada Aisyah dan semoga segala perancangan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

Ads

Okay korang dengar sendiri lagu ni! Not Bad!

Ads

SUMBER: Kopiplanet

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI