Peguam yang mewakili pelakon Puteri Sarah Liyana, iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berharap agar pengarah Syamsul Yusof dapat memberikan kerjasama baik seterusnya hadir pada tarikh sebutan kes permohonan cerai yang bakal berlangsung 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Setakat ini Akberdin berkata, segala urusan permohonan tuntutan cerai yang dilakukan Puteri Sarah terhadap Syamsul berjalan dengan lancar, pagi tadi.
“Pihak kami sudah failkan permohonan cerai. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac depan.
“Kami juga akan serahkan saman kepada Syamsuldan dia perlu hadir pada tarikh terbabit. Itu adalah tindakan pertama pihak kami.
“Kami berharap Syamsul akan mematuhi prosedur. Kalau dia datang pada hari terbabit (7 Mac) mungkin cerai akan dilafazkan.
“Namun jika dia tidak bersetuju, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya. Saya harap Syamsul akan hadir pada 7 Mac ini untuk memudahkan proses,” katanya.
Ads
Tambah Akberdin, pihaknya juga akan mengambil tindakan lanjut di Mahkamah Sivil, susulan tindakan isteri kedua Syamsul, Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga Ira yang didakwa melanggar perintah injuksi seperti yang telah difailkan sebelum ini.
“Tindakan berikutnya pula, kami akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sivil sebelum ini.
“Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang telah dilakukan.
Ads
“Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat. Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tapi kali ini agak berlebihan apabila mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat izin mahkamah di sini,” katanya.
Pada 28 Jun tahu lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan (Ira Kazar)
Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
Ads
Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas
Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana akui terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh suaminya yang juga merupakan pengarah terkenal, Syamsul Yusof kerana sering membuat ibu bapanya bersedih hati.
Jelas Puteri Sarah, dia percaya setiap perbuatan pasti adalah balasannya di kemudian hari.
“Datuk Yusof Haslam sudah seperti bapa saya sendiri. Bukan lagi bapa mentua tapi macam bapa kandung sendiri. Bukan sekali dua papa menangis sebabkan awak. Berkali-kali.
“Sampai hati kamu. Jangan jadi anak derhaka. Kamu juga buat ibu menangis. Ketawalah belah sana, ketawalah. Kifarah itu ada,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.
Katanya lagi, walaupun apa pun yang berlaku, kebahagiaan kedua ibu bapa mentua itu tetap menjadi keutamaannya sampai bila-bila.
“InsyaAllah saya pergi umrah 26 Januari ini. Saya akan doakan kebahagiaan mama dan papa. Saya tak bahagia tak mengapa.
“Saya boleh sembuh sendiri tapi jangan papa dan mama,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Yusof akui kesal dengan sikap Syamsul yang menyembunyikan perkahwinannya bersama Ira Kazar serta tidak berterus terang dengan Puteri Sarah.
Dakwanya lagi, dia hanya mengetahui mengenai perkahwinan Syamsul selepas menonton hantaran video yang dimuat naik anaknya itu pada Jumaat.
Terdahulu, Syamsul memaklumkan dirinya telah semalat medirikan rumah tangga bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapanya, Kazar Saisi pada tanggal 6 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Sarah Liyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Demikian kata pelakon, Puteri Sarah Liyana saat tiba di Kompleks Mahkamah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur tepat jam 10.25 pagi tadi.
Sarah yang ditemani dua orang adiknya tiba dengan menaiki sebuah kereta jenis Mercedez dilihat tersenyum dan sempat menyapa pihak media sebelum meneruskan perjalanannya ke kaunter pendaftaran.
Jelas Sarah, dia akan berkongsi perkembangan lanjut mengenai tujuannya itu selepas segala urusannya selesai.
“Hari ini saya bersedia dan bersemangat sebab ada adik beradik. Nanti saya akan kongsikan lebih lagi kerana saya perlu masuk ke mahkamah sekarang,” katanya kepada MH.
Dalam pada tu, Sarah yang mengenakan jubah hitam turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Terima kasih banyak-banyak. Doakan Sarah. Bismillahirrahmanirrahim,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Sarah dilaporkan nekad untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah kontroversi, Syamsul Yusof selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu.
Sebelum ini, Syamsul mendedahkan dirinya telah bernikah secara sah bersama Ira Kazar di Thailand dengan berwalikan bapanya yang juga merupakan pelakon, Kazar Saisi.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...